Menteri di Jabatan Perdana Menteri antara penerima gelaran Datuk Seri

PUTRAJAYA – Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau menerima penganugerahan itu sempena Ulang Tahun ke 80 Yang Dipertua Negeri Melaka,  Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob, pada 13 Oktober lalu Datuk Dr Mujahid merupakan antara 5 Menteri penerima Darjah Gemilang Seri […]

Kemboja hargai peranan Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima penghargaan daripada kerajaan Kemboja berikutan peranan yang dimainkan jabatan itu dalam membantu umat Islam di negara berkenaan, selama ini. Sehubungan itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, bagi menghargai peranan yang dimainkan Malaysia, Jakim telah diberi anugerah Royal Order of The Kingdom Cambodia, bintang Sowathara. […]

Lebih 10,000 calon STAM di Malaysia, Kemboja mula duduki peperiksaan Selasa

PUTRAJAYA – Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan dijalankan pada 16, 17, 18, 22 dan 23 Oktober ini. Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan berkata seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang akan diadakan di 257 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja dan dikendalikan oleh 1,102 petugas yang telah dilantik. […]

Ponteng sekolah petanda gangguan mental

KOTA BHARU – Ibu bapa tidak boleh mengambil mudah apabila anak-anak ponteng sekolah kerana perbuatan itu mungkin petanda gangguan kesihatan mental yang boleh membawa kesan lebih buruk pada masa hadapan. Ketua Jabatan Ps­kiatri, Pusat Pe­ngajian Sains Perubatan (PP­SP) Kam­pus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Asrenee Ab. Razak berkata, ujian saringan kesihatan mental […]

‘Kita tak ambil iktibar’

KUALA LUMPUR – Penganjuran pesta arak, Oktoberfest di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini sejak beberapa hari lalu membuktikan tragedi yang me­nimpa negara jiran tidak pernah menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia khususnya orang Islam. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, situasi itu cukup menyedihkan bagi sebuah negara yang jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan […]

Terengganu kaji cadangan pusat tahanan khas untuk pesalah syariah

KUALA TERENGGANU – Terengganu akan menimbang syor seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah menubuhkan pusat tahanan khas untuk menempatkan pesalah syariah bagi membolehkan mereka menjalani hukuman secara berasingan daripada pesalah sivil. Menteri Besarnya, Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, cadangan itu tidak mustahil dilaksanakan mengikut kesesuaian, namun ia tidak akan dibuat dalam keadaan terburu-buru. “Kerajaan negeri mengambil serius […]

Pemakaian kasut sekolah hitam berkuatkuasa 2021

PUTRAJAYA – Pemakaian kasut sekolah berwarna hitam di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaa akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula tahun 2021. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya berkata, peraturan itu akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 sebelum diperluaskan pada tahun 2020. Bagaimanapun, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut berwarna putih. “Dalam tempoh tersebut juga pihak […]

Kuota rumah mampu milik Bumi akan dikaji semula, kata Zuraida

KUALA LUMPUR – Kuota bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik akan dikaji semula, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, kajian dan semakan semula dasar itu akan merangkumi penyeragaman harga rumah standard bagi semua lapisan masyarakat. “Kementerian perlu masa untuk kaji semula dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri dan pembeli rumah. […]

Tunggang ‘kapcai’ lebih 1,000 kilometer demi anak

MUKAH – Sanggup meredah perjalanan lebih 1,000 kilometer dari Mukah ke Kuching hanya menaiki motosikal ‘kapcai’ demi anak tersayang yang menderita kanser otot. Itulah pengorbanan seorang ayah, Haslimi Hassan, 42, dari Kampung Badong, Daro, di sini demi anak perempuannya, Aileya Syafiera, 2, yang sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching. “Perjalanan menaiki motosikal […]

Penganjur Oktoberfest perlu lebih sensitif

KUANTAN – Penganjur program pesta arak, Oktoberfest 2018, di ibu kota perlu lebih sensitif dengan kedudukan agama dan umat Islam di negara ini. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata larangan meminum arak ke atas umat Islam telah sedia maklum oleh penganut agama lain. Beliau juga menyifatkan penganjuran pesta itu sebagai satu penghinaan […]