LGBT bukan isu terpencil, perlu ditangani bersama

IPOH – Perkembangan dan pertambahan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ketika ini adalah satu fenomena yang semakin menular dalam kalangan masyarakat dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani dan mengatasinya. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata penularan gejala songsang itu juga jelas memperlihatkan tanda bahawa dunia kini sudah semakin ke […]

Wakaf mampu tangani masalah B40

SERDANG – Amalan wakaf yang dituntut dalam Islam mampu menyelesaikan masalah dan bebanan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, jika amalan wakaf dapat dihayati sepenuhnya, golongan itu dapat dibantu khususnya dari segi ekonomi. “Wakaf bukan sahaja memainkan […]

Ar Rahnu Yapeim tawar takaful kenderaan, cukai jalan

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan mereka di 212 cawangan statik dan kaunter bergerak Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abibullah Samsudin berkata, perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada rancangan kerjasama strategik antara Koperasi Yapeim Berhad (KYB) dengan Etiqa […]

Pastikan tak jadi masalah pada umat Islam

SERDANG – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dinasihatkan supaya memastikan penganjuran pesta arak Oktoberfest di ibu negara, tidak menjadi masalah kepada umat Islam. Itu pesanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada rakannya dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) itu yang dilaporkan, membenarkan penganjuran Oktoberfest di ibu negara dengan bersyarat. Mujahid enggan […]

Tabung Bencana Alam agensi agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa mangsa gemba bumi di Sulawesi, agensi agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) melancarkan Tabung Bencana Alam bagi menyantuni mereka. Orang ramai diseru sama sama menyalurkan sumbangan bagi meringankan bebanan mereka. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun 160 270 100 015 28 (Bank Islam). Semoga sumbangan […]

Daftar tahfiz bukan untuk beri lesen

KUALA LUMPUR – Pusat tahfiz di ibu negara yang diwajibkan berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) bukan untuk tujuan perlesenan atau mendapat sebarang kelulusan. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, ia bertujuan untuk memastikan premis kegiatan keagamaan mereka selamat dan sesuai dijalankan di situ. “Sekiranya didapati tempat […]

4 emas, 2 rekod dunia warnai hari Malaysia

KUALA LUMPUR – Juara Paralimpik Rio, Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly memecah rekod dunia dalam Sukan Para Asia 2018 untuk mengetuai kecemerla­ngan kontinjen negara, yang menutup hari keempat dengan empat pingat emas. Ridzuan mencatat masa 11.87 saat ketika menjuarai 100 meter T36 (ce­rebral palsy), sekali gus memecah rekod milik atlet Rusia, Evgenii Shvetsov 11.90s […]

5G diuji di Putrajaya dan Cyberjaya

PUTRAJAYA – Putrajaya dan Cyberjaya akan menjadi wilayah ujian rangkaian 5G bagi tempoh setahun bermula November ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau berkata, kedua-dua bandar berkenaan yang dibangunkan dengan jaringan ketersedian fiber dikenal pasti sebagai lokasi paling ideal untuk menguji signal 5G. Katanya, inisiatif itu akan diketuai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan […]

Penggemar papadum terdedah penyakit darah tinggi, strok dan serangan jantung

PULAU PINANG – Awas kepada penggemar papadum di restoran-restoran nasi kandar kerana pengambilan makanan itu secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung. Perkara itu didedahkan menerusi kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendapati papadum iaitu sejenis kerepek yang kerap dihidang di restoran nasi kandar mengandungi natrium atau […]

Bajet 2019 bajet pengorbanan

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi bayangan Bajet 2019 yang bakal dibentangkannya pada 2 November ini menuntut pengorbanan daripada sektor korporat dan perniagaan. Katanya, sasaran fiskal yang ditetapkan kerajaan terdahulu tidak realistik menyebabkan kerajaan baharu melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan kewangan negara. “Dua puluh empat peratus sahaja,” guraunya semasa menyampaikan ucapan di […]