Ilmuan Islam tersohor, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ilmuan Islam terkemuka tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, 80, meninggal dunia hari ini. Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menghela nafas terakhir jam 2.27 pagi hari ini. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas). Allahyarham sebelum ini menjalani siri prosedur […]