‘Sekat ajaran sesat Millah Abraham di Perak walaupun masih kecil’

IPOH: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) mengesahkan kewujudan gerakan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, tetapi dalam skala kecil. Susulan itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, berkata JMNPk akan membuat sekatan termasuk mewartakan fatwa mengenainya bagi mengelak ajaran sesat itu daripada merebak. “Ajaran sesat itu memang dilaporkan ada di Perak dan untuk butiran […]

Bukan Islam di Malaysia tidak boleh digelar kafir harbi – Pejabat Mufti

SHAH ALAM – Gelaran ‘kafir harbi’ tidak boleh ditujukan kepada mana-mana warganegara bukan Islam di negara ini kerana tidak menepati definisi dan tidak mencukupi ciri yang telah ditetapkan oleh para ulama. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tindakan melabelkan seseorang warganegara dengan gelaran ini akan membawa implikasi yang buruk dan dahsyat kerana mereka halal untuk diperangi, […]

DUN Negeri Sembilan lulus usul khas kecam pembunuhan Ismail Haniyeh

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan usul khas mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada 31 Julai lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan usul itu memohon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepakat menyatakan ketegasan mengenai pendirian kerajaan negeri kepada seluruh dunia bagi […]

Usaha Malaysia pupuk perpaduan, semangat kebersamaan diiktiraf antarabangsa – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia memupuk perpaduan dan kebersamaan rakyat berbilang kaum diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah Malaysia telah dipuji sebagai negara yang berjaya menyatupadukan masyarakat pelbagai budaya dan baginda percaya keterangkuman negara, seperti meraikan kepelbagaian, menjadi komponen penting kepada kemakmuran yang berterusan. “Seperti yang telah beta titah sebelum ini dan […]

Isu lawat kuil: Umat Islam hati-hati buat kenyataan, rujuk Mufti – MAIS

KLANG: Umat Islam perlu merujuk pihak berkuasa agama Islam negeri terutamanya Jabatan Mufti dan berhati-hati membuat sebarang kenyataan berhubung isu agama. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata perkara ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan umat Islam. Menurut beliau, kenyataan yang dibuat (peserta kursus) sangat […]

Boleh dakwah di rumah ibadat agama lain – Mufti

SHAH ALAM – Orang Islam dibenarkan masuk ke rumah ibadat agama lain dengan tujuan untuk menyebarkan dakwah dan syariat Islam. Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata, namun sekiranya hadir tanpa sebarang justifikasi, maka ia bertentangan dengan syariat agama. “Tidak boleh kita pergi (rumah ibadat agama lain) tanpa tujuan. Datang memperkenalkan Islam dan untuk […]

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh di Iran

KAHERAH: Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran, Iran, kata kumpulan pejuang Palestin Hamas dalam satu kenyataan pada Rabu. Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian Haniyeh, yang dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’. “Saudara, pemimpin, mujahid Ismail Haniyeh, ketua pergerakan kita, syahid dalam serangan Zionis di […]

Libat urus antara umat Islam dan yang lain penting untuk elak Islamofobia – PM Anwar

IPOH: Sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain perlu diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan salah faham yang membawa kepada Islamofobia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata zaman pasca penjajahan barat, masih mengekalkan ajaran lama mereka dan maka oleh yang demikian salah faham, maklumat yang […]

Hakim Mahkamah Syariah perlu ada iltizam, integriti dan tak pilih kasih – Sultan Nazrin

TAIPING: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah hakim Mahkamah Syariah perlu memiliki iltizam, keberanian, ketegasan dalam mengadili kes dengan penuh berintegriti, tanpa kelengahan, tanpa gentar dan tanpa pilih kasih. Titah baginda, hakim perlu melakukan langkah sedemikian supaya tidak mencalarkan kepercayaan masyarakat terhadap mahkamah. “… para hakim diamanahkan tanggungjawab untuk mentafsir undang-undang. Kebebasan badan kehakiman mentafsir […]

Jangan jadikan doa Qunut Nazilah alat politik – PM Anwar

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak pembangkang kerana menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik. Anwar berkata doa sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukan mendoakan keburukan kepada pihak lain. “Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa…siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita […]