Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM

LENSA Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM Sesi Ogos 2025 sempena Minggu Paradigma Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Surau IKBN Kuala Perlis pada 5 Ogos. Program ini diadakan atas tujuan meningkatkan kefahaman belia berkaitan budaya hormat dalam islam melalui medium perkongsian ilmu dalam kuliah Maghrib. 90 naskhah Buku Adab Ikhtilaf keluaran Jabatan […]

Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025

NADWAH Mahasiswa Timur Tengah 2025 melabuhkan tirainya pada 6 Ogos dengan komitmen daripada para pesertanya ke arah penubuhan satu platform penyatu bagi penyelarasan gerak kerja secara bersama. Komitmen berkenaan dinyatakan dalam resolusi yang dibacakan bersama oleh wakil-wakil badan-badan utama mahasiswa Malaysia yang menuntut di Arab Saudi, Mesir, Jordan, Maghribi, Tunisia, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu […]

Program Jelajah Sedar Remaja Madani Peringkat Negeri Kelantan

SIRI Pertama Program Jelajah Sedar Remaja Madani Peringkat Negeri Kelantan dengan tema ‘Sayangi Diri, Tolak Vape’ telah membuka tirainya di daerah Machang dengan penglibatan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang dan YADIM Negeri Kelantan pada 5 Ogos. Program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah II ini menghimpunkan seramai 100 orang peserta daripada 15 […]

Program Ceramah Motivasi Keibubapaan di SK Kampong Berangan, Pasir Puteh

ALHAMDULILLAH, Telah berlangsung program Ceramah Motivasi Keibubapaan sempena penyerahan Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada 6 Ogos di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Berangan, Pasir Puteh. Pengisian program telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, yang menyentuh peranan penting ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan kecemerlangan anak-anak. Seramai 120 orang ibu bapa […]

Kunjung Hormat YADIM ke PDRM Bukit Aman

HUBUNGAN Erat antara YADIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah terjalin sejak sekian lama menerusi penganjuran pelbagai program bersama, yang membawa manfaat bukan sahaja kepada keduanya, tetapi juga masyarakat secara keseluruhan. Mengeratkan lagi jalinan ini, satu sesi libat urus delegasi YADIM bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Bukit Aman telah diadakan pada 5 […]

Program Bicara Dakwah Al-Kahfi bersempena MTHQ Peringkat Kebangsaan

ALHAMDULILLAH. Program Bicara Dakwah Al-Kahfi anjuran YADIM sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 telah berlangsung di Pavilion, WTC Kuala Lumpur pada 5 Ogos. Forum ini membuka ruang renungan mendalam tentang makna pembangunan umat dan penangkisan fitnah berpaksikan Surah Al-Kahfi. Sesi ini menampilkan dua ahli Nadwah Ulama dan Ilmuwan YADIM (NUIM) Dr. Mohd […]

Sinergi Ulama Dan Umara Di Era Malaysia MADANI

Dalam sejarah peradaban Islam, ulama dan umara’(pemerintah) merupakan dua tonggak utama yang mempengaruhi arah kehidupan masyarakat. Ulama berperanan sebagai pewaris para nabi dalam menyampaikan ilmu, memelihara syariat dan membimbing umat, manakala umara bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran, keadilan dan kestabilan negara. Ibn Khaldun dalam Muqaddimah menyatakan bahawa agama dan pemerintahan adalah saling melengkapi: “Agama menjadi asas pemerintahan, manakala pemerintahan […]