Kem Kesukarelawanan Belia Islam Madani Luar Bandar 2025

KEM Kesukarelawanan Belia Islam Madani Luar Bandar 2025 telah berlangsung selama tiga hari di Institut Latihan Dakwah YADIM pada 8 hingga 10 Ogos. Program ini merupakan anjuran bersama Negeri Selangor, Persatuan Peduli Batang Kali dan Akademi Kenegaraan Malaysia, dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama (SRA) Bandar Utama Batang Kali, SRA Batang Kali, SRA Kampung Melayu Rasa, […]
Kursus Pemantapan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015

KURSUS Pemantapan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015 Unit Audit dan Kualiti YADIM telah berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos di Bilik Latihan YADIM bertujuan menajamkan lagi kefahaman dan penguasaan mereka terhadap proses audit, khususnya untuk badan dakwah ini. Hasil daripada kursus ini diharap kelak akan memastikan semua proses, prosedur, dan operasi mematuhi undang-undang, piawaian, polisi […]
Program Tahsin Ibadah: Pengurusan Jenazah

LENSA Program Tahsin Ibadah:Pengurusan Jenazah anjuran YADIM Negeri Kedah dan Perlis pada 9 Ogos di Surau An Nur, Desa KEDA Hujung Keton, Pendang. Dijayakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Pendang dan Sungai Petani, program ini bertujuan mendidik para peserta mengenai pengurusan jenazah secara lengkap dan sempurna mengikut syariat Islam. Seramai 70 peserta menyertai program ini […]
Penutupan Ijtimak Madani Ulama Dan Guru Pondok Kelantan 2025

SELESAI Sudah Ijtimak Madani Ulama Dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang pada 9 Ogos. Disempurnakan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, program ini menunjukkan sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam mengangkat martabat dan keupayaan institusi pondok. Antara yang ditekankan Perdana Menteri dalam program […]
YADIM Kolaboratif: Jelajah Bicara Ilmu Bandar Baharu Siri 1

LENSA YADIM Kolaboratif: Jelajah Bicara Ilmu Bandar Baharu Siri 1 di Masjid Al-Irfan Permatang Pasir, Masjid Al-Falah Sungai Tengas, Masjid Al-Afdhal Bukit Apeng dan Masjid Al Ridzuan Kariah Chelong, Bandar Baharu pada 8 Ogos. Program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat awam berkaitan adab perbezaan pendapat dalam Islam yang dijayakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal […]
Program Mahabbah Madani Umara’ dan Ulama’ Pondok Kelantan

PERDANA Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos telah menghadiri Program Mahabbah Madani Umara’ dan Ulama’ Pondok Kelantan yang berlangsung penuh harmoni di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK). Program yang bertujuan mempererat hubungan antara kepimpinan negara dan institusi pondok ini dimulakan dengan solat Asar berjemaah, sebelum diikuti dengan Majlis […]
Perkhemahan Kepimpinan Cilik Madani Peringkat Negeri Kedah 2025

PROGRAM YADIM Kader Dakwah: Perkhemahan Kepimpinan Cilik Madani Peringkat Negeri Kedah 2025 telah berlangsung di Kem KEDA Resort Bendang Man, Sik Kedah pada 6 dan 7 Ogos. Ia menghimpunkan 100 orang pelajar dari 10 buah sekolah yang mewakili tujuh daerah di seluruh Kedah. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman para pesertanya berkaitan cinta kepada negara Malaysia […]
Ceramah Motivasi Pelajar Baharu IKTBN Temerloh

PROGRAM Ceramah Motivasi Pelajar Baharu, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah berlangsung pada 6 Ogos bertempat di dewan institut berkenaan. Seramai 200 orang pelajar baharu telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memupuk semangat positif dan menyediakan minda pelajar menghadapi cabaran alam pengajian di institut ini. Ceramah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM […]
Kunjung hormat YADIM Pahang ke SMK Purun, Triang

YADIM Negeri Pahang sentiasa mencari ruang kerjasama untuk membangun bakat pelajar agar menjadi pemimpin hebat masa hadapan. Sehubungan itu, pada 7 Ogos, rombongan YADIM Negeri Pahang telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Purun, Triang untuk membincangkan program-program yang boleh dilakukan secara kerjasama. Kehadiran YADIM Negeri Pahang telah disambut mesra oleh Pengetua SMK Purun, Puan […]
Wacana Dakwah anjuran YADIM Negeri Pulau Pinang

LENSA Wacana Dakwah anjuran YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Madrasah Uthmaniah, Bayan Lepas pada 7 Ogos bertempat di Dewan Al-Fateh di madrasah berkenaan. Program ini bertujuan menyemarakkan kesedaran tentang peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat Madani berlandaskan nilai-nilai Islam serta membentuk jati diri Muslim yang progresif. Pengisian program telah disampaikan oleh Pensyarah Universiti Islam […]