PERTANDINGAN LOGO BAHARU MAJLIS PERUNDINGAN WANITA RAHMAH (MAWAR), YADIM.

  1. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
    • Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.
    • Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan menggunakan borang penyertaan rasmi (setiap penyertaan mesti diisi di dalam borang berasingan).
    • Peserta hendaklah memastikan Logo yang dihasilkan adalah ciptaan yang asli dan tidak ditiru dari mana-mana persatuan/ pertubuhan/ agensi dan lain-lain.
    • Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
    • Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sepenuhnya.
    • Semua logo yang diterima oleh pihak YADIM akan menjadi hak milik YADIM dan tidak akan dikembalikan. Pihak YADIM berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak bagi tujuan menggunakannya sebagai logo rasmi.
    • YADIM berhak menggunakan semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium tempatan tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.
    • Borang penyertaan boleh dimuat turun di laman web YADIM yadim.com.my @ di laman facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia-Yadim @ di laman facebook mawar_yadim https://tinyurl.com/LogoMAWARYADIM
    • Borang Penyertaan TIDAK BOLEH dihantar melalui mesin faksimile.
    • Penyertaan hendaklah dihantar pada atau sebelum 31 Julai 2019.

——————————————————————————————————————————-

 

 

 

2.0       PENGENALAN:

MAWAR-YADIM adalah akronim bagi Majlis Perundingan Wanita Rahmah (Women

Consultative Council of YADIM); yang merupakan sebuah majlis syura antara serikandi Muslim

 

3.0       OBJEKTIF MAWAR, YADIM

3.1       Mentransformasi pemikiran wanita berasaskan Al-Quran, dan Al-Sunnah dengan ilmu dan pendekatan terkini.

3.2       Menyelaras dan memudahcara gerak kerja kolaborasi Pertubuhan-pertubuhan Wanita Islam, Badan Bukan Kerajaan (NGO) secara efisyen dan efektif.

3.3       Menjadi badan induk untuk menjuarai usaha pemantapan institusi kekeluargaan melalui pendekatan rahmah.

3.4       Memperkasakan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah dalam arus globalisasi.

3.5       Menyuarakan isu wanita dan solusinya secara proaktif sehingga menjadi sumber rujukan kepada pembuat dasar dalam Negara dan di peringkat antarabangsa

4.0       SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

4.1       Ciptaan dan reka bentuk logo mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana agama, budaya dan kepercayaan mana-mana kaum.

4.2       Menjadi kreativiti pencipta mengetengahkan logo berunsur ringkas, mudah difahami, tidak terlalu kompleks, dan harus berciri futuristik dan moden.

4.3       Logo harus menggambarkan ciri-ciri MAWAR-YADIM.

4.4       Reka cipta logo hendaklah menggunakan elemen warna tema MAWAR-YADIM.

4.5       Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas karya logo yang dihasilkan.

4.6       Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ diciplak daripada mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara.

3.5       Ciptaan logo hendaklah dihantar dalam format berikut:

  1. Dihasilkan dalam ukuran kertas/ medium bersaiz A4
  2. Dimuatnaik ke borang pertandingan
  3. Disimpan menggunakan format Adobe Illustrator dan format PNG dengan resolusi minimum 300 dpi bagi setiap penyertaan

5.0       WARNA TEMA MAWAR-YADIM:

5.1       Warna, definisi

5.2       Warna, definisi

5.3       Warna, definisi

 

6.0       PANEL PENILAI

6.1       Penilaian akan dibuat oleh Panel Penilai yang dilantik. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.

6.2       Bagi penyertaan yang dihantar, para peserta hendaklah bersetuju dengan syarat yang ditetapkan dan sebarang tuntutan mahupun bantahan tidak dilayan.

6.3       Panel penilai dan urus setia pertandingan berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

 

7.0       HADIAH

Seorang peserta hanya dibenarkan untuk memenangi satu hadiah sahaja. Peserta

terpilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan sijil penyertaan seperti berikut:

  • Tempat pertama : RM500.00
  • Tempat kedua : RM300.00
  • Tempat ketiga : RM150.00
  • 5 hadiah saguhati : RM50.00

* Semua peserta yang menyertai pertandingan ini layak mendapat sijil penyertaan.

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN

Muat Turun Borang Penyertaan Pertandingan Mencipta Logo Majlis Perundingan Wanita Rahmah (Mawar), YADIM