PENGENALAN
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memperkenalkan Anugerah Ibu Mithali secara bersiri mulai tahun 1980. Ia adalah satu wadah penghargaan kepada kaum ibu, insan yang banyak berjasa, terutama dalam usaha memupuk generasi akan datang. Jasa dan peranan yang dimainkan oleh ibu sentiasa dikenang oleh YADIM. Setakat ini seramai 11 orang ibu telah berjaya dipilih menjadi Ibu Mithali dari tahun 1980 hingga 2017.
Pada tahun 2014, YADIM telah memperkenalkan tiga (3) kategori baharu menjadi empat (4) kategori terbuka kepada semua warganegara beragama Islam di Malaysia iaitu Anugerah Keluarga Mithali, Anugerah Bapa Mithali, Anugerah Ibu Mithali dan Anugerah Pewaris Harapan.
Justeru, dengan mengambil aspirasi Keluarga Malaysia, YADIM telah meluaskan penyertaan Anugerah Keluarga Mithali kepada kaum utama di Malaysia dengan masih mengekalkan kategori sedia ada dan memperkenalkan kategori baharu untuk Anugerah Keluarga Mithali 2022.
YADIM mengalu-alukan semua pihak untuk mencadangkan calon-calon yang terbaik untuk sembilan (9) kategori Anugerah Keluarga Mithali 2022 iaitu:
- Anugerah Keluarga Mithali (Kaum Melayu)
- Anugerah Keluarga Mithali (Kaum Cina)
- Anugerah Keluarga Mithali (Kaum India)
- Anugerah Keluarga Mithali (Etnik Sarawak)
- Anugerah Keluarga Mithali (Etnik Sabah)
- Anugerah Keluarga Mithali (Orang Asal)
- Anugerah Ibu Mithali
- Anugerah Bapa Mithali
- Anugerah Pewaris Harapan
KRITERIA PENCALONAN ANUGERAH KELUARGA MITHALI
- Keluarga rabbani yang terserlah dengan akhlak, sahsiah dan jati diri yang terpuji.
- Keluarga yang cemerlang dalam pendidikan dan menyumbang bakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan Negara.
- Keluarga yang harmoni dan saling memelihara hubungan kekeluargaan dengan baik.
- Keluarga yang boleh menjadi teladan kepada keluarga yang lain.
- Warganegara Malaysia yang beragama Islam (salah seorang ahli keluarga sama ada bapa/ ibu/ anak beragama Islam).
KRITERIA PENCALONAN ANUGERAH IBU MITHALI
- Wanita yang telah berkahwin dan berkeluarga, sama ada ibu tunggal atau bersuami.
- Ibu yang terserlah ciri ummul mukminin iaitu mempunyai sifat ketaqwaan, kesabaran dan kegigihan menerapkan nilai Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.
- Ibu yang mendidik anak-anak hingga berjaya dan berakhlak mulia.
- Ibu yang berjaya dalam bidang yang diceburi atau terkenal dengan kebolehan dan jasanya dalam masyarakat.
- Ibu yang boleh menjadi teladan kepada ibu yang lain.
- Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
KRITERIA PENCALONAN ANUGERAH BAPA MITHALI
- Lelaki yang telah berkahwin dan berkeluarga, sama ada bapa tunggal atau beristeri.
- Bapa yang terserlah sifat kepimpinan, ketaqwaan dan kegigihan menerapkan nilai Islam dalam diri dan keluarga.
- Bapa yang mendidik anak-anak hingga berjaya dan berakhlak mulia.
- Bapa yang berjaya dalam bidang yang diceburi dan terkenal dengan kebolehan dan jasanya dalam masyarakat.
- Bapa yang boleh menjadi teladan kepada bapa yang lain.
- Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
KRITERIA PENCALONAN ANUGERAH PEWARIS HARAPAN
- Belia dan Beliawanis sama ada berkahwin atau bujang.
- Belia dan Beliawanis yang terserlah dengan akhlak, sahsiah dan jati diri yang terpuji dalam kehidupan seharian.
- Belia dan Beliawanis yang terserlah kecemerlangan dan kejayaannya dalam bidang yang diceburi dan menyumbang dalam masyarakat.
- Belia dan beliawanis yang berwibawa dalam kepimpinan dan organisasi
- Berumur antara 25-40 tahun.
- Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
PERATURAN PENCALONAN
- Penyertaan anugerah ini hendaklah melalui borang pencalonan yang boleh diakses melalui laman sesawang YADIM di alamat yadim.com.my atau menggunakan google form seperti berikut:
a. Keluarga Mithali: https://forms.gle/B7x1she8QXm5Mxy3A
b. Ibu Mithali: https://forms.gle/hjvrj86xAq4kB7vz5
c. Bapa Mithali: https://forms.gle/6ayYthaDvB1ftuda9
d. Pewaris Harapan: https://forms.gle/uT2MYmuEXZGLfiim9 - Borang pencalonan hendaklah diisi oleh sama ada jabatan kerajaan / swasta / badan bukan kerajaan (NGO) / orang perseorangan dengan mengisi butiran calon yang difikirkan layak. Maklumat ini adalah untuk keperluan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Anugerah Keluarga Mithali 2022 dan ia adalah sulit.
- Panduan bagi pihak yang mencalonkan: Borang hendaklah diisi oleh pihak yang mencalonkan sahaja berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan atau temu bual latar belakang kehidupan calon tersebut.
- Pencalonan hanya sah dengan menggunakan borang pencalonan rasmi yang dikeluarkan oleh YADIM di laman sesawang dan secara google form. Lampiran bahan bukti seperti video, gambar, salinan anugerah yang pernah diterima dan lain-lain adalah digalakkan.
- Hanya satu kategori anugerah sahaja yang layak dimenangi oleh satu keluarga.
- Borang pencalonan hendaklah diisi dengan sempurna dan DISAHKAN oleh salah satu pihak yang berikut : Ketua Jabatan/ Pegawai Daerah/ Pegawai Tadbir Agama/ Pengerusi NGO/ Penghulu atau Ketua Kampung.
- Ahli Jawatankuasa Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA), Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, pegawai dan kakitangan YADIM TIDAK BOLEH dicalonkan.
- Tarikh tutup pencalonan secara google form atau serahan borang adalah pada 31 Ogos 2022.
- Alamat surat menyurat:
Sekretariat
Majlis Anugerah Keluarga Mithali 2022
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Aras 3 & 4, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
No.3, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 3,
62100 Putrajaya - Sebarang pertanyaan mengenai borang pencalonan ini, sila hubungi sekretariat di talian 03-88703870/ 0197133739 (Rohaizah)/ 0182206759 (Mohd Khusnaini)/ 01121282125 (Afiqah) atau e-mail : keluargamithali2022@yadim.com.my
DOWNLOAD BORANG PENCALONAN ANUGERAH KELUARGA MITHALI 2022
1. Borang Pencalonan Keluarga Mithali 2022
2. Borang Pencalonan Ibu Mithali 2022
3. Borang Pencalonan Bapa Mithali 2022
4. Borang Pencalonan Pewaris Harapan