Isu berbangkit berhubung RUU Mufti dijawab Mohd Na’im – PM

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang isu berbangkit berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 hanya akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. “Perkara itu akan dijawab Menteri Agama (Mohd Na’im),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan LAWASIA kali ke-37 2024, […]
Anwar Ridhwan bela PM isu martabatkan bahasa Melayu

Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan tampil mempertahankan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung isu memartabatkan bahasa Melayu tanpa meminggirkan bahasa utama dunia. Jelas Sasterawan Negara ke-10 itu, bekas ahli parlimen Bangi Ong Kian Ming yang dilaporkan “sekolahkan” perdana menteri berhubung isu berkenaan hanya melihat daripada satu sisi sahaja berkaitan teguran […]
JAKIM diminta siasat video pelajar didakwa puja guru secara melampau

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyediakan laporan berhubung seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab dalam sebuah majlis yang tular di media sosial semalam. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, perkara itu juga akan dibawa kepada tindakan pihak berkuasa […]
Perbincangan simposium “Solusi Kesihatan Mental daripada Perspektif Dakwah” (SMILED)

PADA 9 Oktober 2024, YADIM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Unit Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak. Unit Pembangunan Komuniti DBKL diwakili oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Kesejahteraan Bandar( JPKKB), Encik Haji Ahmad Tarmizi Baharom dan Penolong Pengarah JPKKB, Puan Amimas Othman. YADIM pula diwakili oleh […]
Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan : Langkah maju untuk keharmonian umat

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia yang memberi kuasa kepada Negeri-negeri termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam. Perkara ini jelas disebutkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai I (Butiran 4K) dan Senarai II Senarai Negeri (Butiran 1). Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024 hadir dengan tujuan utama untuk […]
Sultan Selangor titah segerakan pembentukan jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak GISBH

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya segera diwujudkan jawatankuasa berhubung pemulihan kanak-kanak diselamatkan dari GISB Holdings (GISBH). Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, jawatankuasa berkenaan akan bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja yang terperinci untuk mengenalpasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak berkenaan. “Sultan Sharafuddin turut bertitah supaya jawatankuasa itu […]
Sultan Perak mahu ajaran sesat termasuk terkait GISBH ditangani ke akar umbi – MB

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu agar semua ajaran sesat termasuk yang dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) yang bertapak di negeri ini, ditangani sehingga ke akar umbi, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Saarani yang turut memegang portfolio EXCO Agama Islam negeri berkata demikian ketika ditanya hasil sembah menghadap beliau kepada […]
SAY Kuala Langat berikan sumbangan

KEKAL Aktif menyantuni mereka yang memerlukan, Sukarelawan YADIM Kuala Langat pada 1 Oktober menyampaikan sumbangan kepada seramai 80 keluarga yang memerlukan di daerah berkenaan. Bermula di Kampung Endah, Banting, seramai 50 keluarga menerima sumbangan pek makanan sejuk beku bertempat di Dewan Homestay Jalan Randu, Kampung Endah. Ia disampaikan oleh Ketua Koordinator SAY Kuala Langat, Haji […]
Sumbangan Bakul Madani YADIM Negeri Kedah dan Perlis

MANGSA-mangsa bencana banjir yang menimpa utara Negeri Kedah terus disantuni oleh YADIM Negeri Kedah dan Perlis. Terbaharu pada 1 Oktober, seramai tujuh keluarga penduduk Kampung Pulau Timbul, Tunjang telah menerima sumbangan Bakul Madani yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Ahmad Afif Zuhdi Ahmad Zaki bersama Sukarelawan YADIM. Mereka yang […]
Pameran Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W.kepada sahabat bukan Muslim

SAHABAT Bukan Muslim terus disantuni YADIM Negeri Pulau Pinang. Terbaharu YADIM Pulau Pinang dan Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Pulau Pinang telah bekerjasama bagi menjayakan Pameran Kenalkan Nabi Muhammad S.A.W.kepada sahabat bukan Muslim. Inisiatif yang berlangsung di KOMTAR Pulau Pinang pada 30 September telah menerima sambutan seramai lebih 40 peserta, khususnya daripada kalangan badan bukan kerajaan […]