Siasat, banteras sehingga akar umbi aliran menyimpang Ahli Sunnah Wal Jamaah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mengambil serius perkara yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di negara ini. Mengetengahkan isu mutakhir yang menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jaamah (ASWJ), Perdana Menteri berkata, ia menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh pihak berkuasa. Beliau menegaskan demikian […]
Status GISBH: Jangan dahului Jawatankuasa Muzakarah MKI – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR – Semua pihak diingatkan tidak mendahului keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berhubung status fahaman berkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebarang tindakan susulan termasuk usaha pemulihan anggota GISBH hanya boleh ditentukan selepas […]
Ahli GISBH didapati amal Tarekat Aurad Muhammadiyah – KPN

KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah, iaitu amalan ahli kumpulan Al-Arqam yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia susulan penemuan risalah dan buku-buku di premis milik GISBH menerusi Op Global yang dilancarkan bulan ini. Razarudin […]
Kerajaan bersungguh martabat syiar Islam melalui pendidikan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersungguh mahu memartabatkan pembangunan syiar Islam di Malaysia melalui pendidikan.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebagai contoh, sebanyak RM1.9 bilion telah diperuntuk dalam Belanjawan 2024 berbanding RM1.5 bilion pada tahun sebelumnya untuk tujuan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Menurutnya, Majlis Agama Islam […]
GISBH: KPM ambil alih aspek pendidikan kanak-kanak terjejas mulai 1 Okt – Fadhlina

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global mulai 1 Okt ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata program pendidikan untuk kanak-kanak tercicir berkenaan, yang tidak mendapat sebarang pendidikan formal sebelum ini, akan menggunakan modul khas di tempat perlindungan mereka sekarang. “Proses pendidikan itu […]
Lagi premis GISBH diserbu, polis rampas bahan bacaan, selamat kanak-kanak

KLUANG: Kerajaan negeri mengesahkan penemuan beberapa bahan bacaan dipercayai ada kaitan dengan Aurad Muhammadiyah dalam serbuan di premis GlSB Holdings (GISBH) di beberapa daerah di negeri ini. Pengerusi Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid, berkata serbuan dilakukan menerusi Ops Bersepadu bersama polis dan turut disertai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), bahagian penguatkuasaan di […]
Kendalikan madrasah tanpa kebenaran, JHEAINS tahan dua lelaki dipercayai ada kaitan GISBH

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sembilan (JHEAINS) menahan dua individu disyaki selepas mereka selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, malam tadi. Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah, berkata penahanan kedua-dua orang disyaki ini adalah untuk siasatan berkaitan pengoperasian sekolah agama tanpa kebenaran di Beting, Kuala Pilah. “Ketika soal siasat, kedua-dua […]
Jabatan Mufti Selangor putuskan fatwa berhubung GISBH akhir bulan ini – MAIS

KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Negeri Selangor akan memutuskan keputusan fatwa berhubung kegiatan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dalam persidangnya pada 30 September ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, majlis itu menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan terhadap GISBH dan rangkaiannya […]
Kontroversi GISBH: Semakin ramai individu tampil dedah pengalaman di media sosial

Kuala Lumpur: Kemelut isu mengeksploitasi kanak-kanak dan agama yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kian hangat selepas semakin ramai individu tampil mendedahkan pengalaman sebagai bekas serta ahli kumpulan itu di media sosial. Jumaat lepas, seorang pengguna platform X mendedahkan bahawa dia dilahir dan dibesarkan dalam Kumpulan Al-Arqam yang dikaitkan dengan GISBH, yang didakwa […]
GISBH: Bahan rampasan jadi bukti sokongan Muzakarah MKI – Jakim

PETALING JAYA – Bahan-bahan rampasan membabitkan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) akan dijadikan asas dalam Kertas Laporan untuk dibincang dan diputuskan semasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI) pada 24 hingga 26 September ini. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datin Hakimah Mohd. Yusoff berkata, bahan-bahan rampasan yang boleh dijadikan […]