Kunjung hormat wakil DMY ke YADIM Selangor

WAKIL Daie Muda YADIM (DMY) dari Selangor telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat YADIM Negeri Selangor di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat pada 7 Ogos. Kunjungan tersebut disambut mesra oleh Pengarah YADIM Selangor, Encik Fitri Aziz bersama barisan pegawai negeri. Langkah ini dilihat sebagai permulaan penting dalam memperkukuh kerjasama antara DMY dan YADIM negeri […]

Program Pengajian Al-Quran dan Hadis Hubbul Watan (Cinta Tanah Air)

SIRI Pertama Program Pengajian Al-Quran dan Hadis Hubbul Watan (Cinta Tanah Air) yang berlangsung di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn pada 6 Ogos telah menerima sambutan sangat baik apabila dihadiri 200 peserta. Program ini merupakan inisiatif bersama YADIM Negeri Johor, Ahli Sunnah Research Group (ARG), Waqaf An-Nur Corporation dan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato […]

Program Bicara Ilmu Agensi YADIM Negeri Kedah dan Perlis

PROGRAM Bicara Ilmu Agensi pada 7 Ogos anjuran bersama YADIM Negeri Kedah dan Perlis bersama Hospital Sultan Abdul Halim dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) telah menarik penyertaan seramai 100 pegawai dan kakitangan hospital. Berlangsung di Auditorium Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, ceramah ini telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, […]

Program Pidato Celik Madani 2025 Peringkat Negeri Sabah

PROGRAM Pidato Celik Madani 2025 Peringkat Negeri Sabah anjuran YADIM Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah berlangsung pada 6 Ogos di Kota Kinabalu. Ia menerima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 42 orang peserta dari seluruh negeri Sabah, melibatkan penglibatan mereka dalan tiga kategori iaitu Sekolah Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas. […]

Program Tahsin Ibadah SAY : Pengurusan Jenazah

PADA 6 Ogos, Sukarelawan YADIM (SAY) Kawasan Chini telah mengadakan program Tahsin Ibadah SAY : Pengurusan Jenazah bersempena sambutan Kemerdekaan. Program ini telah berlangsung di Masjid Felda Chini 1 dan mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat serta para sukarelawan. Program dimulakan dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Alwi Muda. Dalam […]

Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM

LENSA Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM Sesi Ogos 2025 sempena Minggu Paradigma Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Surau IKBN Kuala Perlis pada 5 Ogos. Program ini diadakan atas tujuan meningkatkan kefahaman belia berkaitan budaya hormat dalam islam melalui medium perkongsian ilmu dalam kuliah Maghrib. 90 naskhah Buku Adab Ikhtilaf keluaran Jabatan […]

Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM

LENSA Program YADIM Kolaboratif : Slot Youth Talk @YADIM Sesi Ogos 2025 sempena Minggu Paradigma Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Surau IKBN Kuala Perlis pada 5 Ogos. Program ini diadakan atas tujuan meningkatkan kefahaman belia berkaitan budaya hormat dalam islam melalui medium perkongsian ilmu dalam kuliah Maghrib. 90 naskhah Buku Adab Ikhtilaf keluaran Jabatan […]

Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025

NADWAH Mahasiswa Timur Tengah 2025 melabuhkan tirainya pada 6 Ogos dengan komitmen daripada para pesertanya ke arah penubuhan satu platform penyatu bagi penyelarasan gerak kerja secara bersama. Komitmen berkenaan dinyatakan dalam resolusi yang dibacakan bersama oleh wakil-wakil badan-badan utama mahasiswa Malaysia yang menuntut di Arab Saudi, Mesir, Jordan, Maghribi, Tunisia, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu […]

Program Jelajah Sedar Remaja Madani Peringkat Negeri Kelantan

SIRI Pertama Program Jelajah Sedar Remaja Madani Peringkat Negeri Kelantan dengan tema ‘Sayangi Diri, Tolak Vape’ telah membuka tirainya di daerah Machang dengan penglibatan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang dan YADIM Negeri Kelantan pada 5 Ogos. Program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah II ini menghimpunkan seramai 100 orang peserta daripada 15 […]

Program Ceramah Motivasi Keibubapaan di SK Kampong Berangan, Pasir Puteh

ALHAMDULILLAH, Telah berlangsung program Ceramah Motivasi Keibubapaan sempena penyerahan Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada 6 Ogos di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Berangan, Pasir Puteh. Pengisian program telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, yang menyentuh peranan penting ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan kecemerlangan anak-anak. Seramai 120 orang ibu bapa […]