KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bukan sahaja menggalas tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang, tetapi sering dijemput berceramah di majlis keagamaan.

Petang semalam, beliau membarisi panel penceramah majlis multaqa yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di Kuantan, Pahang.

Majlis dinamakan Multaqa Menjunjung Kasih dan Taat Setia Agamawan Bersama-sama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.

Melalui hantaran di Facebook (PB) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Timbalan KPN tampil sebagai ahli panel bagi slot ketiga yang membincangkan tajuk Cabaran Agama Islam Masa Kini’. Majlis berkenaan dibahagikan kepada tiga sesi forum