Anyong haseyo….
Satu pencapaian besar untuk Rakan Siswa YADIM (RSY) apabila ia kini melebarkan sayapnya ke Korea!
RSY Korea telah berjaya dibentuk ketika Majlis Perasmian Penutup Kursus Persediaan Mahasiswa Madani ke Korea, pada 29 Oktober melalui kerjasama YADIM dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Program bermula 28 Oktober di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH), Hulu Langat ini melibatkan beberapa aktiviti dan pengisian yang menarik, dalam dan luar Dewan kuliah.
Semoga RSY Korea yang buat julung kalinya ditubuhkan dapat memberi manfaat dan penerapan asas 6 nilai teras Madani.
Majlis Perasmian Penutup Kursus Persediaan Mahasiswa Madani (Korea) telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Shahrizal Mat.
Hadir sama mewakili pihak UniKL ialah Puan Samratul Janin Sidal, Timbalan Dekan UniKL Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT).