Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar Al-Quran

KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, semalam, yang jelas adalah jenayah kebencian dan pelaku harus dipertanggungjawabkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Kerajaan Perpaduan amat bimbang dan marah dengan keputusan berulang untuk membenarkan tindakan keji […]