SAY Kuala Langat sampaikan sumbangan makanan, bendera untuk asnaf

SEKITAR program menyampaikan sumbangan makanan bermasak oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat pada 20 Ogos di Sijangkang. Diketuai pengerusinya, Hasmawi Mahidin, sebanyak 60 keluarga ibu tunggal, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya disantuni mereka. Turut diedarkan ialah bendera Malaysia sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Selepas larang atlet Israel, bendera Malaysia berkibar di Gaza

PETALING JAYA – Selepas Malaysia tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini, bendera Malaysia dilihat berkibar di Gaza sebagai tanda penghargaan oleh rakyat Palestin. Peminat bola sepak Palestin meraikan pendirian Malaysia dalam solidariti dengan mengibarkan bendera Malaysia di Stadium Yarmouk, salah satu stadium tertua di Kota Gaza, semasa perlawanan bola sepak pada Sabtu. Di sebelah […]