SULH BERJAYA SELESAIKAN 15,294 KES PERTIKAIAN SECARA BAIK

KUALA LUMPUR – Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menunjukkan 72 peratus atau bersamaan 15,294 kes pertikaian sepanjang 2019-2022 berjaya mencapai persetujuan secara baik selepas melalui prosiding sulh. Antara kes yang dikehendaki menjalani prosiding Sulh termasuklah nafkah isteri, nafkah anak, idah, mut’ah, harta sepencarian, hadhanah, ganti rugi pertunangan, ganti rugi perkahwinan dan tuntutan kembali taat. […]