Pindaan undang-undang hukuman lebih berat kes pemandu mabuk dimuktamad Jun

PETALING JAYA – Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata susulan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. […]