Kursus praperkahwinan di Melaka dilaksanakan semula Isnin ini

MELAKA – Kursus praperkahwinan yang ditangguhkan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu akan dilaksanakan semula bermula Isnin ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat, berkata langkah itu susulan persetujuan pihak pengurusan jabatan itu untuk mengubah beberapa kaedah perjalanan kursus terbabit, sejajar dengan kehidupan normal baharu ketika ini. […]