LIMA dapat sambutan luar biasa

KUALA LUMPUR: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 19) di Langkawi pada 26 hingga 30 Mac ini menerima sambutan luar biasa berikutan tempahan ruang pameran menjangkau 104 peratus. Kementerian Pertahanan menerusi kenyataannya memaklumkan, setakat ini, sebanyak 350 syarikat pempamer tempatan dan antarabangsa membabitkan 29 negara sudah menempah ruang pameran seluas 10,519 meter persegi. […]