COVID-19: Sultan Selangor bimbang rakyat degil patuhi PKP

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan kerana masih ada rakyat yang degil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak pelaksanaannya pada 18 Mac lepas. Baginda bertitah kedegilan dan sifat pentingkan diri sendiri dalam situasi kritikal sekarang hanya menyusahkan banyak pihak khususnya petugas barisan hadapan. Sultan Selangor juga menzahirkan kekhuatiran […]