Sultan Selangor dukacita ada umat Islam permainkan agama

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dan dukacita dengan sikap segelintir umat Islam sesuka hati mempermainkan agama, tanpa memikirkan perbuatan itu boleh menjejaskan akidah mereka. Baginda bertitah, apa juga iktikad atau pernyataan dalam hati, sama ada percakapan atau perbuatan oleh umat Islam yang berhasrat keluar agama, dikhuatiri membawa kepada kegelinciran akidah. […]