Baiki hubungan Malaysia-India jangan sampai gadai prinsip

SHAH ALAM – Hasrat kerajaan untuk memperbaiki semula hubungan antara Malaysia dengan India perlu dilakukan berlandaskan prinsip dan kebenaran. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hubungan baik yang mahu dijalin semula antara kedua-dua negara tidak harus menggadaikan prinsip keadilan dan kebenaran yang selama ini dihormati oleh dunia terhadap Malaysia. […]