MAIWP memperuntukkan RM87 juta bantu asnaf

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) komited membantu golongan asnaf apabila memperuntukkan RM87 juta membabitkan sembilan skim bantuan zakat pendidikan bermula peringkat persekolahan hingga ke institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Fuziah Salleh berkata, MAIWP adalah agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat. […]