TH tanggung semua subsidi haji, termasuk kes rayuan tahun ini

BANGI – Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi jemaah haji muassasah kali pertama, termasuk yang membuat rayuan bagi menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, keputusan lembaga pengarah TH itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019. […]