Bantuan RM100 kepada pelajar IPT dibayar hari ini

PUTRAJAYA – Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang memanfaatkan 1.2 juta pelajar di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini (28 Mac 2019). Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, bantuan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar daripada peruntukan sebanyak RM120 juta itu akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat. […]