YADIM anjur Irsyad 2017 di 13 masjid

PUTRAJAYA 19 Mei – Bagi meimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal menjelma, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sekali lagi akan menganjurkan Program Iktikaf Ramadhan Sahabat Yadim (Irsyad 2017) di 13 lokasi berbeza di seluruh negara. Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) YADIM, Zaman Karulani berkata, program berkenaan akan dilaksanakan oleh ahli-ahli Sahabat YADIM dari institusi-institusi […]
Arab Saudi larang umrah Do-It-Yourself (DIY)

PUTRAJAYA 18 Mei – Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak melaksanakan ibadah umrah secara persendirian atau ‘Do it Yourself’ (DIY) kerana ia merupakan kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi. Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah untuk berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah sah yang dikenali […]
Sentiasa waspada penyebaran pengaruh Daesh

MARAN 18 Mei – Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan penyebaran fahaman kumpulan militan Daesh khususnya menerusi laman sosial yang bertujuan mempengaruhi dan menarik rekrut baharu menyertai perjuangannya. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pengikut kumpulan berkenaan berterusan cuba menyebarkan fahaman mereka termasuk kepada […]
Pelajar 15 tahun jadi khatib sampaikan khutbah Jumaat

SEREMBAN 18 Mei – Usianya baru mencecah 15 tahun, namun Ahmad Al-Atif Ahmad Subki sudah mampu menyampaikan khutbah Jumaat di hadapan jemaah yang jauh lebih dewasa. Pelajar Asas Tiga, Kolej Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, dia kali pertama menjadi khatib ketika berusia 14 tahun di sebuah masjid di Ampang bagi menggantikan […]
DBKL warta tiga lagi kawasan larangan merokok

KUALA LUMPUR 18 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan semua laluan pejalan kaki dan jejantas berbumbung serta terowong pejalan kaki bawah tanah di sekitar ibu kota sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa 15 April lalu. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pewartaan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau […]
Polis beri amaran jangan sertai himpunan Hindu Ahad ini

KEPALA BATAS, 18 Mei – Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan di sebuah kuil Hindu di Butterworth, Ahad ini, bagi membantah dan menentang seorang mufti dan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata, perhimpunan tanpa permit itu melanggar undang-undang […]
Pemikirannya mendahului ilmuwan Barat

NAMA Ibnu Khaldun sudah tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam, namun masih ramai tidak mengetahui secara terperinci latar belakang tokoh pemikir keturunan Arab yang mendahului ilmuwan seluruh dunia itu. Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abd. al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun. Gelaran Ibnu Khaldun diambil daripada nama […]
Bersama, berkasih sayang!

Oleh MOHD GUNAWAN CHE AB AZIZ Mohd Gunawan Che Ab Aziz adalah Pegawai Khas Key Performance Indicator (KPI) Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Al-Quran adalah perlembagaan hidup seorang Mukmin, malah menjadi panduan mereka dalam berkeluarga, bermasyarakat, bernegara hatta hubungan antarabangsa. Mereka mengimani bahawa al-Quran itu adalah titah perintah Allah Taala, yang mana di dalam […]
Muzakarah NGO Islam Zon Utara

SUNGAI PETANI 18 Mei – Majlis Dakwah Negara (MDN) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan satu majlis Muzakarah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang telah berlangsung di Swiss Inn, di sini, pada 14 Mei lalu dengan dihadiri lebih 180 peserta. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, sebanyak 21 NGO Islam telah turut […]
Roadshow Dakwah 3.0 dekati pelbagai lapisan masyarkat

KUALA TERENGGANU 17 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah mengadakan program `Roadshow Dakwah 3.0’ pada 12 Mei sebagai salah usaha menjadikan program dakwah bersifat lebih terbuka dan dapat mendekati masyarakat secara lebih menyeluruh. Eksekutif Kanan YADIM Zon Timur, Nasrul Hadi Saidain berkata, dalam program itu satu slot ceramah disediakan dengan membawa […]