YADIM adakan bengkel untuk cari pemimpin Muslim muda

KUALA LUMPUR, 13 Februari (Bernama) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memulakan misi untuk mencari calon pemimpin muda Islam dengan menganjurkan Bengkel Penilaian Felo Muda Dakwah 2017. Eksekutif Kanan, Mohd Khamis Mohamad Sani berkata, bengkel itu juga bertujuan untuk melahirkan pemimpin muda yang mempunyai latar belakang pengajian Islam dan bercita-cita besar untuk meningkatkan misi […]

Pulau Batu Puteh: Lebih 3,000 dokumen diteliti 


PUTRAJAYA 16 Februari – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tiga fakta baharu yang diperoleh bagi menyokong permohonan Malaysia menyemak keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), ditemukan selepas pasukannya meneliti lebih 3,000 dokumen milik Arkib Negara United Kingdom (UK). Beliau menjelaskan, bukan semua dokumen yang diperoleh itu relevan menyebabkan pasukannya terpaksa meneliti satu persatu […]

JAIS ambil tindakan pengusaha ‘valet doa’

KUALA LUMPUR 16 Februari – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha perkhidmatan ‘valet doa’ kerana didapati mempunyai unsur-unsur yang mengelirukan umat Islam. Pengarahnya, Datuk Haris Kassim berkata, perkhidmatan tersebut telah menyebabkan umat Islam menjadi keliru kerana amalan membayar upah untuk doa-doa yang dibacakan tanpa mengira masa dan tempat tidak wujud […]

Tangkap pemain judi beragama Islam, hadapkan ke Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 16 Februari – Bukan sekadar pengusaha judi, bahkan pemain judi beragama Islam juga perlu dibanteras. Itu antara cadangan Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan, Datuk Rosli Sulaiman melihat situasi judi haram melibatkan orang Melayu Islam yang semakin parah. Katanya, pesalah judi perlu ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah Syariah. “Kalau banteras pengusaha […]

Kenyataan Media YAPEIM berhubung Isu Saman RM 20 Juta

Pihak Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi sebentar tadi berhubung isu saman RM 20 Juta oleh pihak pengasas Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN). Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, pihak YAPEIM menjelaskan bahawa pihak mereka masih belum menerima writ saman daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut secara rasmi. Pihak YAPEIM […]