Home » Langit Terbuka » JAIS ambil tindakan pengusaha ‘valet doa’

JAIS ambil tindakan pengusaha ‘valet doa’

KUALA LUMPUR 16 Februari – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha perkhidmatan ‘valet doa’ kerana didapati mempunyai unsur-unsur yang mengelirukan umat Islam.

Pengarahnya, Datuk Haris Kassim berkata, perkhidmatan tersebut telah menyebabkan umat Islam menjadi keliru kerana amalan membayar upah untuk doa-doa yang dibacakan tanpa mengira masa dan tempat tidak wujud dalam ajaran Islam.

“Terdapat peruntukan enakmen undang-undang yang boleh kita dakwa. Apabila semua telah bersedia, kita akan mengambil tindakan terhadap pengusaha ter­babit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas perkhidmatan ‘valet doa’ yang tular di media sosial dengan menawarkan pakej-pakej bayaran tertentu untuk mengirimkan doa di tempat-tempat mustajab di Mekah, selain memberi jaminan 100 peratus wang dikembalikan jika doa tidak dimakbulkan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mencadangkan supaya larangan terhadap perkhidmatan ‘valet doa’ difatwakan di peringkat ne­geri.

Menurut beliau, melalui tindakan itu, perkhidmatan tersebut boleh didakwa sebagai kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu pendapat yang bertentangan de­ngan fatwa.

“Saya cadangkan agar mufti dari seluruh negeri mengeluarkan fatwa dan mewartakannya bagi mengekang sebarang perbuatan yang menjadikan agama sebagai alat untuk mencari keuntungan dalam perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, tokoh agama, Datuk Daud Che Ngah berkata, beliau sering melarang para jemaah dan mutawif menerima upah untuk membacakan doa serta melakukan ibadat-ibadat lain di Tanah Suci.

“Tidak dinafikan ada segelintir umat Islam memberikan wang kepada saya apabila mereka ingin mengirimkan doa. Saya terima tetapi saya membetulkan niat mereka, bahawa ini bukan upah tetapi satu bentuk sedekah atas nama mereka sendiri yang akan saya belanjakan terutama memberi jamu makan kepada para jemaah yang lain di Tanah Suci,” katanya.

Menurut beliau, wang yang dite­rima turut digunakan untuk membeli naskhah-naskhah al-Quran untuk diwakafkan atas nama individu yang mengirimkan doa.

“Untuk saya sendiri menerima upah, tidak sekali-kali saya terima kerana itu bukan ajaran dalam Islam,” ujarnya.- – https://www.utusan.com.my/

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *