Kewujudan tadika Islam di Austria cetus debat

VIENNA 17 April – Satu kajian yang mengandaikan kewujudan tadika-tadika Islam di ibu negara ini akan menyebabkan munculnya sebuah kumpulan minoriti agama dan seterusnya melahirkan pertubuhan radikal tempatan pada masa akan datang, telah mencetuskan perdebatan hangat di Austria. Menurut penulis kajian itu, Ednan Aslan, kira-kira 10,000 orang kanak-kanak berumur antara dua hingga enam tahun kini […]

Tiada sijil halal dikeluarkan untuk ‘bir halal’

KUALA LUMPUR 17 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk minuman ‘bir halal’ atau mana-mana produk yang menggunakan nama atau dikaitkan dengan produk haram. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penggunaan nama ‘bir halal’ bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) dan Standard […]

PAS maafkan Nanyang Siang Pau, pesan jangan ulangi kesalahan

BANGI, 17 April – PAS menerima permohonan maaf akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau dan pada masa sama berharap kejadian mengguris hati umat Islam di negara ini minggu lalu tidak berulang kembali. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, hari ini mengajak umat Islam supaya memaafkan kesilapan yang telah dilakukan akhbar Nanyang. Akhbar […]

Mesir kenal pasti penyerang gereja Coptic

KAHERAH, 15 April – Pihak berkuasa Mesir telah mengenal pasti penyerang kedua yang bertindak mengebom gereja Coptic di utara Mesir, pada minggu lalu. Kementerian Dalam Negeri membuat pengumuman itu selepas Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam lawatannya ke gereja itu untuk mengesan suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan. Lawatan al-Sisi adalah sehari selepas kementerian mengenalpasti pengebom […]

600 hadir Forum Perdana

KOTA BHARU 15 April – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah mengadakan program Forum Perdana Ehwal Islam pada 13 APRIL lalu bertempat di Masjid Binjal Mutaab, Pasir Mas, Kelantan. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, pada program itu seramai 600 orang telah hadir yang terdiri daripada penduduk di sekitar masjid berkenaan […]