Laporan terbaru dedah kekejaman terhadap Rohingya

BANGKOK 6 Sept. – Ko Mratt, etnik Rohingya dari Myanmar, menceritakan kisah tragiknya kepada penyelidik, yang beliau hampir kehilangan seluruh anggota keluarganya dalam pembunuhan kejam yang didakwa dilakukan oleh tentera Myanmar tahun lepas. Bekas penduduk perbandaran Maungdaw itu berkata, beliau kehilangan adik yang sedang melahirkan bayi, seorang lagi adik yang hamil tujuh bulan, anak lelaki […]

Harus siar gambar, video sembelihan dengan syarat tertentu: Mufti KL

BANGI, 6 Sept. – Tindakan menyiarkan gambar atau video penyembelihan ibadah korban di media sosial hukumannya adalah harus, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Jelas beliau menerusi Irsyad Al-Fatwa siri ke-204, menayang gambar dan video penyembelihan adalah harus, namun mestilah dilaksanakan mengikut garis panduan yang khusus. Katanya, penerbitan gambar dan video penyembelihan […]

30 juta meter padu air diguna musim haji

MEKAH 6 Sept. – Kira-kira 30 juta meter padu air bersih digunakan di Mekah dan Madinah semasa musim haji tahun ini. Menurut Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian, Abdul Rahman Al-Fadli, sebanyak 1.5 juta guni tepung juga digunakan iaitu meningkat 17 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu. “Kira-kira 850 meter padu air bersih dipam […]