YADIM santuni banduan

  SUNGAI PETANI 18 Dis. – Golongan banduan perlu sentiasa disantuni dan dibimbing agar mereka mampu menangani cabaran setelah dibebaskan dan kembali ke pangkuan masyarakat. Pengurus Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara, Hafsah Husain berkata, cabaran seorang bekas banduan sememangnya besar terutama dalam berhadapan dengan masyarakat yang mungkin mempunyai persepsi negatif terhadap mereka. […]

Interpol batal tangkap Zakir Naik

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Polis antarabangsa (Interpol) memba­talkan notis arahan tangkap terha­dap Dr. Zakir Naik dan mengarahkan pejabatnya di seluruh dunia memadam segala data mengenai pendakwah antarabangsa itu, daripada fail mereka. Menurut portal berita www.timesnownews.com, langkah itu di­buat berikutan pihak berkuasa India didapati gagal untuk mengeks­tradisi Dr. Zakir yang kini berada di Malaysia. “Interpol […]

Bebaskan Masjid Al-Aqsa

Harap umat Islam Malaysia tergolong dalam janji Allah – Sheikh Dr. Hammam KUALA LUMPUR 15 Dis. – Seorang tokoh ulama dunia berharap umat Islam di negara ini tergolong dalam kalangan yang dijanjikan Allah SWT di dalam al-Quran sebagai pembebas Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. Perkara itu dizahirkan oleh Presiden Gabungan Antarabangsa Bagi Membantu Baitulmuqaddis dan Palestin, […]

Rancang ‘rampas’ Tembok Barat pula

WASHINGTON 17 Dis. – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi isyarat Tembok Barat atau Tembok al-Buraq di Baitulmaqdis akan menjadi sebahagian daripada Israel. Pengumuman itu dibuat dua pegawai kanan Rumah Putih, kelmarin di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat. Kedua-dua pegawai yang enggan identiti mereka didedahkan turut menolak sebarang senario yang tidak mengekalkan kawalan […]

Turki bakal buka kedutaan di Baitulmuqqadis

ISTANBUL 17 Dis. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan bahawa kerajaan negara ini akan membuka pejabat kedutaannya di Baitulmuqqadis. Pengumuman itu dibuat Recep beberapa hari selepas beliau menggesa semua pemimpin negara Islam mengiktiraf Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Palestin. “Jika diizinkan tuhan, kami akan membuka pejabat kedutaan Turki di Baitulmuqqadis,” katanya. – REUTERS, www.utusan.com.my

Guru disiasat kerana didakwa hina islam di Facebook

Miri, 17 Dis. – Seorang guru sekolah rendah di sini disiasat oleh polis kerana dipercayai memuat naik satu komen di Facebook yang dikatakan telah menghina umat Islam ketika memberikan komen berkaitan Islam dan Baitulmuqqadis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata setakat ini dua laporan polis dibuat di Kuching dan di sini […]

Pengiktirafan Baitulmaqdis tidak sah – draf PBB

NEW YORK 17 Dis- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati sebarang perubahan kepada status Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, dan perlu dikekal seperti sebelum itu. Mesir mengedarkan teks draf itu semalam, dan diplomat berkata, majlis akan mengundi berhubung langkah dicadangkan seawal esok. Presiden Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota […]