Pengebom bunuh diri haram – ulama Pakistan

ISLAMABAD 16 Jan. – Lebih daripada 1,800 ulama Pakistan sepakat mengeluarkan fatwa yang mengharamkan perbuatan meletupkan diri sendiri dengan bom menerusi sebuah buku fatwa yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini. Buku fatwa itu diterbitkan oleh Universiti Islam Antarabangsa yang dikendalikan kerajaan dan dilancarkan oleh Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dalam sebuah majlis di Islamabad. Dalam buku […]

AS sekat dana bantuan kepada UNRWA

  WASHINGTON 17 Jan. – Amerika Syarikat umum sekat hampir separuh daripada AS$125 juta dana yang diberikan kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) untuk Palestin. Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert memaklumkan Washington hanya akan memberikan AS$60 juta kepada agensi itu, manakala selebihnya akan disekat untuk pertimbangan lanjut. Keputusan ini dipercayai ada kaitan […]

Majlis Pusat Palestin syor pengiktirafan Israel ditangguhkan

RAMALLAH 17 Jan. – Majlis Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, mencadangkan supaya pengiktirafan terhadap Israel ditangguhkan, lapor agensi berita Xinhua. Dalam kenyataan bersama pada akhir sidang selama dua hari itu, majlis berkenaan mengesyorkan, supaya PLO dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, menggantung pengiktirafan negara Israel selagi rejim Tel Aviv belum […]

RM1,000 denda ponteng solat

KUALA PILAH 17 Jan. –  Denda RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan bakal dikenakan terhadap lelaki baligh yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat. Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah Mohd Raizalani Mohd Rais berkata, hukuman itu kepada lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie dan sebab munasabah […]