Home » Langit Terbuka » Pengebom bunuh diri haram – ulama Pakistan

Pengebom bunuh diri haram – ulama Pakistan

ISLAMABAD 16 Jan. – Lebih daripada 1,800 ulama Pakistan sepakat mengeluarkan fatwa yang mengharamkan perbuatan meletupkan diri sendiri dengan bom menerusi sebuah buku fatwa yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini.

Buku fatwa itu diterbitkan oleh Universiti Islam Antarabangsa yang dikendalikan kerajaan dan dilancarkan oleh Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dalam sebuah majlis di Islamabad.

Dalam buku tersebut para ilmuan dan ulama Pakistan men­yatakan secara jelas bahawa tiada individu atau kelompok yang l­ayak untuk mengisytiharkan atau menyeru supaya melancarkan perang jihad dan tindakan melakukan pengeboman bunuh diri adalah bertentangan dan ha­ram dalam Islam.

“Fatwa ini menyediakan asas kukuh untuk kestabilan masyarakat Islam sederhana.

“Kita boleh mendapatkan bimbingan daripada fatwa ini bagi memberi kesedaran dalam membanteras ekstremisme sejajar dengan prinsip-prinsip Islam,” kata Mamnoon.

Selama bertahun-tahun Pakistan dibelenggu oleh keganasan kumpulan militan yang sering menggunakan pengebom bunuh diri untuk mencapai tujuannya dan mendakwa perjuangan mereka adalah perang suci demi melaksanakan ajaran Islam.

Serangan bunuh diri sering dikutuk sebagai tindakan fanatik dan tidak bermoral, terutama apabila orang awam dibunuh, tetapi pemberontak melihat taktik itu sebagai senjata yang paling efektif.

Fatwa serupa dilihat kurang mendapat perhatian di Asia Barat di mana amalan menggunakan pengebom bunuh diri sering dilakukan oleh militan Daesh dan beberapa kumpulan militan lain. – REUTERS

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *