Masjid di Singapura edar limau sempena Tahun Baru Cina

SINGAPURA – Sebuah masjid di Joo Chiat, di sini  yang dikenali sebagai Masjid Khalid, meneruskan tradisi sejak 20 tahun lalu dengan mengedar buah limau dan minuman kepada penduduk sekitar sempena Tahun Baru Cina. Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini agak unik kerana jatuh pada hari Jumaat yang merupakan hari penting bagi umat Islam untuk ke […]

Program ‘Visit My Mosque,’ jadi tumpuan untuk mengenal Islam

LONDON—Masjid Finsbury Park di London telah menganjurkan program “Visit My Mosque” pada Ahad dan pada program itu orang ramai telah diberi peluang mengunjungi masjid bagi mengenali Islam dengan lebih dekat. Melalui laporan media Anadolu , program itu diadakan secara tahunan, dan sepanjang acara diadakan orang ramai daripada pelbagai latar belakang dan agama boleh memasuki masjid […]

Pelarian Rohingya enggan pulang tanpa jaminan

COX’S BAZAR 21 Feb. – Pelarian etnik Rohingya di negara ini enggan kembali ke Myanmar jika mereka tidak diberi jaminan memperoleh hak kerakyatan dan perlindungan. Pemimpin mereka, Dil Mohamad memberitahu AFP, mereka tidak akan kembali tanpa jaminan tersebut dan pampasan akibat kehilangan harta semasa serangan tentera Myanmar. “Kami tidak mahu pulang ke rumah dan kampung […]

Kenyataan negatif berkaitan azan, Arab Saudi keluar perintah larangan terhadap penulis

  RIYADH: Arab Saudi pada Isnin telah mengeluarkan perintah larangan terhadap seorang penulis kerana mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan azan, yang dilaungkan untuk mengajak umat Islam menunaikan solat, lapor agensi berita China Xinhua memetik portal berita online tempatan, Sabq. Penulis itu, Mohamed Al Suhaimi, dilarang daripada melakukan aktiviti penulisan dan media. Mohamed turut dirujuk kepada jawatankuasa […]

Maahad tahfiz perlu penyeragaman

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Maahad tahfiz milik persendirian di ibu negara, Putrajaya dan Labuan disaran mendaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memudahkan proses penye­ragaman pentadbiran dan kualiti pendidikan di pusat pengajian berkenaan. Penaung Puspanita Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Anggraini Sentiyaki berkata, usaha itu perlu dilaksanakan untuk memudahkan kerajaan memantau operasi pusat […]

Rakyat Malaysia paling tinggi berhutang di Asia Tenggara

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara dengan jumlah hutang  keseluruhan sebanyak RM1.144 trilion. Pensyarah Kanan Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latif berpendapat, berdasarkan jumlah tersebut, 50 peratus daripadanya adalah hutang pinjaman perumahan, manakala selebihnya adalah pinjaman peribadi, kereta dan sebagainya. “Menurut statistik yang […]

Daripada Muslim kepada Muslim

PORTAL Muslim Traders bakal menjadi platform buat usahawan Islam tempatan mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka secara atas talian ke seluruh dunia. Pengurus Projek Muslim Traders, Azizan Mo’min berkata, portal atas talian berbayar itu juga, diwujudkan bagi memberikan kemudahan kepada pengguna Islam khususnya bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan usahawan Islam. “Berdasarkan kajian, ketika […]

Urus alam sekitar perlu guna maqasid syariah

KUALA LUMPUR: Perspektif maqasid syariah atau objektif syariah perlu dihayati dan diaplikasikan dalam menangani isu pengurusan ekosistem serta alam sekitar. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perubahan cuaca dan kemusnahan alam yang mendadak menunjukkan ketidakseimbangan dalam mengamalkan prinsip Islam. Beliau berkata, dalam prinsip maqasid syariah, Imam Ghazali berpandangan apa […]

Kerjasama UMP-JPV keluarkan gelatin halal

PEKAN: Malaysia dijangka dapat mengeluarkan gelatin halalnya sendiri apabila Pusat Inkubator Pengeluaran Gelatin Halal di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal beroperasi sepenuhnya tahun depan. Pusat berkenaan yang dibina di atas tanah berkeluasan 1.8 hektar di Industrial Technology Engineering Creativity Space (ITECS) itu membabitkan kos RM20 juta. Naib Canselor UMP, Datuk Seri Prof Dr Daing Nasir […]

SENIMAN gesa mansuh kewarganegaraan Namewee

SEREMBAN: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mencadangkan kerajaan memansuhkan kewarganegaraan Wee Meng Chee atau Namewee berhubung penghasilan video muzik terbarunya, minggu lalu. Presidennya, Zed Zaidi, berkata Namewee berulang kali menimbulkan kontroversi dan tidak peka terhadap kepelbagaian agama serta budaya masyarakat negara ini. Katanya, klip video berjudul ‘Like A Dog’ untuk sambutan Tahun Baharu Cina 2018 menampakkan […]