Antara sombong, bongkak, angkuh dan takbur

Susunan HASHIM AHMAD  Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu tergolong dalam sifat mazmumah (sifat tercela dan keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan […]

‘Keganasan Islam’ tidak wujud – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR: Langkah mengaitkan Islam dengan keganasan adalah kesilapan besar yang boleh mengelirukan masyarakat dunia dengan maksud sebenar agama itu. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah istilah ‘keganasan Islam’ tidak pernah wujud, malah jauh bertentangan dengan maksud sebenar Islam iaitu keamanan. “Keamanan dan keganasan tidak mungkin bergerak seiring. Kumpulan pengganas mengaitkan diri mereka dengan […]

Lelaki Tawau ketuai militan diburu ESSCOM

SANDAKAN: Penduduk tempatan dari Tawau, Mohd Amin Baco, yang kini menjadi ketua militan Islam selatan Filipina, adalah di antara 16 individu, berada dalam senarai dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Turut disenaraikan ialah Dr Mahmud Ahmad, bekas pensyarah yang dilaporkan mati ditembak pihak keselamatan Filipina dalam pertempuran di Marawi City, tahun lalu. Difahamkan, […]

16,000 guru duka lara bersatu, 7,000 lagi menyusul

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kementerian Pendidikan telah meluluskan hampir 16,000 permohonan pertukaran kes guru ‘duka lara’ daripada 30,000 keseluruhan permohonan kategori itu bagi tempoh 1 Disember 2015 hingga 1 Januari 2018. Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata 7,000 permohonan lagi akan diproses sebelum penempatan baharu dilaksanakan pada Jun. “Program atas dasar kemanusiaan ini […]

11 juta terdedah kecurian data peribadi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 11 juta pengguna telefon pintar di negara ini berisiko kehilangan data peribadi, termasuk akaun bank setiap kali mengimbas kod capaian pantas (QR) yang sesetengahnya mungkin digunakan pihak tertentu untuk tujuan jenayah. Kod QR yang diragui kesahihannya mungkin digunakan untuk menggodam telefon pintar bagi mendapatkan data penting atau ‘memancing’ pengguna ke laman tertentu […]

‘Kami ada gelaran ayahanda, abang long tapi kami bukan samseng’ – Pekemim

MACHANG: Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Islam Prihatin Malaysia (Pekemim) bukan kumpulan samseng atau berpuak-puak dengan kepentingan tertentu sebagaimana digambarkan sesetengah masyarakat. Pengerusi Pekemim Parlimen Machang, Noraziminazuwal Nordin berkata, sekalipun mengunakan gelaran ayahanda, abang long, abang chik dan sebagainya namun ia hanyalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira umur dan […]

250 jenis pokok jayakan masjid dalam taman

JASIN: Bagi menjayakan sektor pelancongan Islam di Melaka, Jawatankuasa Masjid Kampung Tedong, Merlimau di sini, melaksanakan konsep masjid dalam taman dan kebun dengan menanam lebih 250 pelbagai jenis pokok. Konsep dimulakan pada pertengahan tahun lalu itu turut mengenengahkan pelbagai tanaman dikategorikan hampir pupus atau kurang popular antaranya pokok nam nam, belunjai, mentega dan semarak api. […]

Risda jalin kerjasama dengan NGO Islam Filipina bangunkan industri halal

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Interfaith Believers for Change, dari Manila, Filipina untuk membangunkan industri halal di negara itu mulai April ini. Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata usaha itu meliputi penubuhan jawatankuasa halal, pengendalian umrah dan haji serta mewujudkan perkampungan […]

Kerana Winter Sonata, rakyat Malaysia bergelar buruh haram, gelandangan

SEOUL: Bermula sebagai pelancong ketika menjejakkan kaki ke Korea Selatan, nasib kira-kira 5,000 rakyat Malaysia ini berubah daripada berstatus pekerja asing tanpa izin (Pati) atau buruh haram dan akhirnya bergelar gelandangan. Perubahan status itu boleh berlaku bila-bila masa hanya dalam tempoh tiga bulan, selepas mereka masuk ke negara K-pop ini gara-gara teruja dengan tawaran iklan […]

Masjid dekati masyarakat Cina

TASEK GELUGOR 12 Mac – Sejak lebih 50 tahun lalu, laungan azan subuh yang berkumandang dari Masjid Jamek di sini akan mengejutkan Ng Ah Lam daripada tidurnya. Selesai bersarapan dan menyi­ram pokok bunga, wanita itu kemudian akan mengayuh basikal ke pasar yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya untuk membeli barangan keperluan harian. Dalam perjalanan […]