Pilih pemimpin warak?

BAHANG pilihan raya atau PRU 14 semakin terasa dan semua orang mula memberikan fokus siapakah pemimpin yang boleh mereka sandarkan harapan selepas pilihan raya nanti. Adakah ia akan berlaku dalam janka masa terdekat ini masih menjadi teka-teki kita semua. Bagaimanapun, dalam teka-teki tersebut, banyak juga lontaran pendapat mengenai bakal calon yang akan dipilih. Dari sudut […]

Penyebar berita tidak benar boleh didenda RM500,000, 10 tahun penjara

KUALA LUMPUR -Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat hari ini. RUU tersebut memperuntukkan denda maksimum sehingga RM500,000 atau 10 tahun penjara boleh dikenakan terhadap individu yang mengadakan, menawarkan dan menerbitkan berita atau penerbitan yang mengandungi berita tidak […]

Pengawal keselamatan, juruteknik didakwa terlibat Daesh

JOHOR BAHRU – Seorang juruteknik dan dua pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan terlibat dengan kegiatan militan Daesh antara Disember tahun lepas dan Februari tahun ini. Tertuduh, Mohd Zaki Ibrahim, 49, yang bertugas sebagai juruteknik, didakwa memiliki video-video yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh dalam sebuah telefon bimbit jenis […]

Syamsul Debat nafi laporan skandal dengan isteri orang

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas Syamsul Debat menafikan dakwaan mempunyai hubungan dan mengganggu isteri orang seperti mana yang tular hari ini. Beliau dalam sidang media khasnya hari ini menegaskan bahawa mana-mana laporan yang tular merujuk dirinya sebagai individu disiasat oleh pihak polis Negeri Sembilan baru-baru ini tidak benar sama sekali. Ekoran dakwaan itu katanya, bukan […]

Pornografi: Rakyat Malaysia dicekup di Australia

LELAKI rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne selepas didapati membawa bahan pornografi dalam bentuk gambar dan video kanak-kanak, Khamis lalu. Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, bahan pornografi berkenaan ditemui selepas pegawainya membuat pemeriksaan ke atas barangan milik suspek berusia 27 tahun itu ketika sampai di lapangan […]

Siti Aafiyah tidak akan dididik jadi selebriti

AMPANG: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak mahu anak sulungnya Siti Aafiyah yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti. Sebaliknya, Siti, 39, berharap dia dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain. “Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara […]

Aafiyah ialah perlindungan Allah

Mufti hurai di sebalik nama Siti Aafiyah PETALING JAYA: Teka-teki tentang nama pengarang jantung Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu si comel pipi merah terjawab pada malam Ahad apabila penyanyi itu mengumumkan Siti Aafiyah sebagai nama pilihannya. Keistimewaan tentang makna di sebalik nama Aafiyah dikongsikan sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri […]

147 polis pantau 75 masjid di seluruh daerah SPU

SEBERANG PERAI – Seramai 147 pegawai dan anggota polis dilantik sebagai pegawai perhubungan masjid serta ditempatkan di 75 buah masjid di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dalam program Satu Masjid Satu Polis (1M1P). Mereka terdiri daripada 35 pegawai kanan dan 112 pegawai rendah polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU. Ketua Polis Daerah […]

Jemaah haji Malaysia istimewa: Imam Al-Sudais

MAKKAH –  Imam Masjidil Haram Sheikh Abdurrahman Abdul Aziz Al-Sudais meluahkan rasa gembira terhadap Malaysia atas pengurusan Haji yang teratur serta menyifatkan jemaah haji Malaysia sebagai istimewa. Jemaah haji Malaysia sangat teratur, menjaga adab dan sentiasa mematuhi peraturan tempat suci, kata Imam Besar itu dalam pertemuan bersama tiga editor kanan Malaysia yang berkunjung ke pejabat […]

RM12 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru Kafa di Perak

Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Perak KUALA KANGSAR 26 Mac – Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukkan lebih RM12 juta untuk bayaran khas ‘one-off’ kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di negeri ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bayaran khas sebanyak […]