Home » Langit Terbuka » Syamsul Debat nafi laporan skandal dengan isteri orang

Syamsul Debat nafi laporan skandal dengan isteri orang

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas Syamsul Debat menafikan dakwaan mempunyai hubungan dan mengganggu isteri orang seperti mana yang tular hari ini.

Beliau dalam sidang media khasnya hari ini menegaskan bahawa mana-mana laporan yang tular merujuk dirinya sebagai individu disiasat oleh pihak polis Negeri Sembilan baru-baru ini tidak benar sama sekali.

Ekoran dakwaan itu katanya, bukan sahaja imejnya tercalar malah nama baik keluarganya juga terpalit.

Sehubungan itu Syamsul mempertimbangkan untuk memfailkan tindakan saman.

“Sidang media hari ini adalah untuk buat penafian tentang tuduhan kepada saya berdasarkan laporan-laporan yang dinyatakan di dalam akhbar.

“Saya terpanggil membuat sidang akhbar kerana telah pun memberi kesan kerana melibatkan nama saya dan juga ahli keluarganya.

“Saya juga sedang mempertimbangkan mengambil tindakan susulan dari segi undang-undang terutamanya kepada pihak media yang telah mengeluarkan kenyataan yang pada saya agar seolah-olah saya dituduh di mahkamah.

“Sedangkan perkara ini baru sahaja didengar-dengar, baru dicakap-cakap seolah-olah diletakkan saya orangnya,” katanya yang tidak menyebut secara spesifik laporan daripada akhbar atau mana-mana media.

Syamsul dalam masa yang sama mengganggap organisasi media yang melaporkan tanpa mendapatkan pengesahan tersebut tidak sebagai tidak beretika.

“Saya rasa satu Malaysia sudah tahu. Laporan akhbar ada menyebut ada beberapa media meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya siap meletakkan biodata saya, jadi saya rasa perkara ini dari segi etikanya pun tidak kena,” tambahnya.

Beliau dalam masa yang sama mendesak mana-mana media yang telah memfitnahnya membuat permohonan maaf.

Terdahulu dilaporkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan pihaknya menerima laporan yang dibuat di Johor Bahru semalam mengenai dakwaan itu dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

Bagaimanapun Muhammad berkata pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai laporan tersebut ketika proses siasatan sedang berjalan, apatah lagi mendedahkan nama sebenar pendakwah itu. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *