Pakai skirt ke masjid: “Saya bukannya sakit mental”

PETALING JAYA: Seorang wanita mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambarnya memakai skirt pendek sehingga menampakkan sebahagian paha ketika berkunjung ke Masjid Negara Kuala Lumpur. Lebih menimbulkan kemarahan netizen apabila aktivis wanita itu, Maryam Lee Mohamad Ramli Lee didakwa cuba mencetuskan provokasi apabila membuat perbandingan tentang etika berpakaian di tempat suci. Maryam Lee melalui posting tersebut […]

Lembu sado di Kelantan akan diperdengarkan Al-Quran untuk mendapatkan daging lembut

KOTA BHARU : Dalam usaha kerajaan Kelantan menjadi pengeluar lembu pedaging berkualiti setaraf dengan daging “kobe” yang terkenal mahal dan lembut, kerajaan Kelantan sedang merangka beberapa pelan tindakan. Jika di Jepun lembu berkenaan diberi minum bir dan di urut, kerajaan Kelantan pula bercadang untuk memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lembu dengan harapan dagingnya akan lembut dan […]

Tiga penyakit utama punca kematian jemaah haji

KUALA LUMPUR – Masalah jantung, paru-paru dan jangkitan kuman dikenal pasti tiga punca utama yang menyebabkan kematian jemaah haji Malaysia di Tanah Suci. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seramai 411 jemaah haji Malaysia direkodkan meninggal dunia di Tanah Suci sejak 2010. “Secara keseluruhan tiga punca utama kematian mereka […]

Industri halal, kewangan Islam pacu ekonomi secara global

KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang semakin bertambah membuka peluang besar kepada ekonomi Islam mengkomersialkan produk halal ke peringkat global. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah pada masa ini terdapat kira-kira 1.84 bilion penduduk Islam di seluruh dunia dan pada 2023, populasi itu dijangka meningkat sehingga 2.2 bilion. “Pada ketika ini, […]

Industri halal negara iktiraf 8 penerima

KUALA LUMPUR: Industri halal Malaysia malam ini memberi pengiktirafan kepada empat syarikat selain agensi kerajaan, badan penyelidikan, agensi penyiaran serta individu menerusi Anugerah Kecemerlangan Halal 2018 atas pencapaian ulung masing-masing dalam industri halal dunia. Mendahului senarai itu, Brahim’s Holdings Bhd menerima Anugerah Kecemerlangan Halal atas sumbangan dan komitmen luar biasanya dalam pembangunan industri halal keseluruhan. […]

Wanita dalam tahanan Daesh merayu diselamatkan

SUNGAI PETANI: Seorang wanita Malaysia berusia 30-an yang dipercayai berjuang bersama militan IS dan Daesh di Syria meminta bantuan polis dan kerajaan bagi menyelamatkan dia dan empat anaknya yang ditahan di sebuat pusat tahanan di sana. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ayah kepada […]