Lunaskan hutang sebelum ajal menjemput

KEMATIAN itu pasti. Di akhirat kelak, manusia akan melalui mahkamah Allah untuk menentukan pengakhiran kesudahan yang kekal. Pastinya, kita semua mengharapkan mendapat buku suratan amalan dengan tangan kanan, seterusnya menjamin kita masuk ke syurga Allah SWT. Apabila kematian ibu atau bapa, antara yang menjadi tanggungjawab waris terutama anak-anak selain menguruskan pengebumian adalah memastikan hutang-piutang mereka […]

Berserahlah kepada-Nya, takutlah kepada-Nya

Oleh  AMIDA ABDULHAMID Dr Amida Abdulhamid adalah seorang penulis dan penilai buku yang berpengalaman. Nama pena beliau adalah Anis Mata kasar kita sering menyaksikan kejayaan dan kegagalan dalam hidup. Apabila hajat hati dan kehendak rasa terpenuhi, kita berasa nikmat yang amat sangat. Dunia bagaikan syurga bagi kita. Gelak ketawa mengisi tiap rongga kehidupan. Di sebaliknya, […]

Wahai ibu bapa yang diamanahkan dengan anak-anak…

Susunan LUTH AL-FAHIM Wahai ibu bapa yang diamanahkan dengan anak-anak… “Untuk apa kita mempunyai anak?” Kita sayangi mereka sejak dari alam rahim, kita limpahkan mereka dengan kasih sayang, kita bekalkan mereka dengan pendidikan setingginya, kita menghantar mereka ke sekolah dengan harapan mereka akan berjaya. Namun, setinggi manapun ilmu yang dimiliki tetapi hati dan jiwanya kosong […]

Haruskah remaja sahaja yang dipersalahkan?

Susunan WARTAWAN DAKWAH Remaja sering dilihat sebagai ‘kelompok pemberontak’. Mereka juga digambarkan sebagai kelompok yang sering membuat keputusan dengan terburu-buru, selain gemar mengambil mudah semua aspek perkara yang berkaitan dengan diri dan kebebasan mereka. Orang dewasa sering sahaja ‘pening kepala’ untuk menangani golongan remaja ini terutamanya remaja yang sememangnya bermasalah. Golongan remaja sering terdorong mengikut […]

Patuhi etika berpakaian di masjid

SHAH ALAM – Etika pemakaian ditetapkan di masjid bukanlah sesuatu yang mengongkong, sebaliknya ia bertujuan memelihara kemuliaan rumah ALLAH SWT. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pemakaian jubah khas berwarna ungu yang ditetapkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, adalah praktik yang juga dilakukan oleh rumah ibadat agama-agama lain. “Islam amat menekankan untuk […]

Kelantan tak halang wanita mengacara majlis

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak menghalang mana-mana wanita untuk menjadi pengacara majlis di negeri ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun mereka perlu patuh kepada beberapa peraturan ditetapkan, yang mana majlis tersebut bukanlah program bersifat hiburan dan nyanyian. “Peraturan kita ialah melibatkan nyanyian dan hiburan. Itu memang tidak boleh. Jadi […]

Filipina akan tingkatkan industri halal

KUALA LUMPUR: Filipina, di bawah Presiden Rodrigo Duterte, berusaha mengembangkan industri halal di negara berkenaan bagi menarik pelancong Islam juga untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat Islam dan bukan Islam. Penolong Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina, Abdulgani Macatoman, berkata pembangunan industri halal di di negara itu melangkah setapak lagi melalui penyusunan Undang-Undang […]

Jangan gantung bendera politik di masjid, sekolah agama

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua pihak tidak menggantung atau menaikkan bendera, poster atau sebarang propaganda parti politik di kawasan masjid, surau, tanah perkuburan atau mana-mana sekolah agama di negeri ini. Baginda bertitah dalam kerancakan kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14), setiap pihak perlu menunjukkan kematangan berpolitik dan tidak […]

Zionis teruskan dasar tembak penunjuk perasaan Palestin

GAZA: Ribuan penduduk Palestin dijangka berkumpul di sempadan Gaza hari ini di sebalik amaran Israel bahawa dasarnya membenarkan tembakan dilepaskan tidak akan berubah. Keadaan itu meningkatkan kebimbangan keganasan baru tercetus selepas hari paling paling teruk bagi penduduk bandar raya itu dalam masa beberapa tahun. Demonstrasi yang dirancang itu diteruskan seminggu selepas tentera Israel menembak mati […]

MIHAS lonjak Malaysia sebagai peneraju hab halal dunia

KUALA LUMPUR: Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) mampu melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dan hab bagi sektor halal dunia, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Islam sedunia. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, berkata MIHAS adalah pameran dagangan halal terbesar dunia yang memberi tumpuan kepada […]