Gema nasyid Hijjaz di kem pelarian

SIAPA lagi yang pernah diuji dengan dahsyat sekali jika tidak insan terpuji Rasulullah SAW yang amat kita cintai. Baginda diherdik, dicaci dan dicederakan oleh musuh-musuhnya, lebih daripada itu baginda mengikat perutnya menahan lapar serta memilih untuk hidup susah di sepanjang kehidupan kerana kecintaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya baginda adalah manusia yang paling sabar berbanding nabi […]

Iran tetap tolak Israel

Berunding dengan regim Yahudi satu kesilapan tidak boleh dimaafkan BEIRUT 5 April – Iran menyifatkan sebarang usaha untuk berun­ding de­­­ngan Israel adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan, kata pemimpin ter­tinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. Khamenei menegaskan se­mua umat Islam wajib menyokong penentangan yang dilakukan rakyat Palestin terhadap Israel dan Teheran berjanji untuk terus menyokong […]

Teguk air ketum dalam kalangan pelajar Kelantan perkara biasa – AADK

KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan menyifatkan amalan minum air ketum dalam kalangan sesetengah pelajar lelaki di Kelantan sudah menjadi kebiasaan. “Kes pelajar lelaki minum air ketum adalah perkara biasa berlaku namun bukan bermakna semua pelajar mengamalkan air ketum tersebut,” kata Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI. Hasil kaji selidik yang […]

Maybank tingkat penguasaan pembiayaan Islamik

KUALA LUMPUR 6 April – Maybank Islamic Bhd. menyasarkan untuk me­ningkatkan penguasaannya dalam segmen pembiayaan perdagangan Islamik berikutan permintaan tinggi bagi produk pembiayaan tersebut di Malaysia. Ketua Perbankan Islam Maybank dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamik, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, ketika ini pihaknya menguasai kira-kira satu pertiga daripada kira-kira RM50 bilion pembiayaan perdagangan Islamik […]

Guna imam, bilal untuk tipu pakej umrah

KOTA BHARU 6 April – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kelantan merekodkan 3,000 kes penipuan umrah di negeri ini sepanjang tahun lalu dengan kerugian mencecah RM10 juta. Pengerusinya, Ahmad Farouk Zawawi berkata, lebih mendukacitakan apabila majoriti kes membabitkan golongan imam dan bilal yang dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pihak tertentu untuk menipu orang ramai […]

Abdullah Fahmi, Suhailah juara tilawah al-Quran Kebangsaan

PUTRAJAYA: Qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor dan qariah Melaka, Suhailah Zulkifly muncul johan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), malam tadi. Abdullah Fahmi yang mengumpul 87.50 peratus markah dan Suhailah (84.34 peratus), masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000; sebuah kereta PROTON […]

Melahirkan masyarakat berminda al-Quran bukan retorik

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha kerajaan melahirkan masyarakat quranik atau berminda al-Quran adalah agenda yang berkesinambungan dan bukan suatu retorik. Timbalan Perdana Menteri berkata usaha itu bermula daripada penentuan dasar negara yang berpaksikan al-Quran yang kemudiannya dilaksanakan di peringkat negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri, antaranya menyuburkan budaya mencintai kitab suci […]

Parlimen bubar hari ini

KUALA LUMPUR – Parlimen dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pembubaran itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V. Bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak, Perdana Menteri menasihati semua ketua kerajaan negeri untuk mendapatkan perkenan Sultan […]