Kekalkan kuasa politik Islam

Bagi jamin kedudukan agama dan orang Melayu dalam Perlembagaan KUALA LUMPUR 12 April – Umat Islam di negara ini perlu mengekalkan kuasa politik yang ada pada mereka bagi menjamin kedudukan agama Islam dan orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Pensyarah Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, […]

Aceh henti sebat khalayak awam

BANDA ACEH, Indonesia – Wilayah Aceh akan menghentikan hukuman sebat terhadap pesalah syariah di tempat awam selepas amalan tersebut dikecam di peringkat antarabangsa, kata pihak berkuasa tempatan semalam. Rantau konservatif di pulau Suma­tera itu semalam meluluskan undang-undang yang menyaksikan mereka yang didapati bersalah hanya akan menerima hukuman di dalam penjara. Aceh merupakan satu-satunya kawasan yang […]

Ahmad Dusuki boleh berdakwah kembali di Selangor

SHAH ALAM – Pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani bertekad untuk meneruskan dakwah yang baik di Selangor sebaik beliau diberi kebenaran semula untuk memegang tauliah mengajar agama Islam di Selangor. Menurutnya, melalui kebenaran itu dia berharap dapat terus berdakwah dengan cara yang terbaik di negeri ini. “Saya bersyukur pada Allah, semoga ujian ini tidak […]

Imam jadi ejen perpaduan

KOTA BHARU 12 April – Imam seluruh negara diminta berperanan menjadi ejen penyatuan ummah lebih-lebih lagu dalam suasana masyarakat yang semakin tegang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peranan imam sangat ditagih terutamanya untuk mendidik masyarakat supaya menolak politik kepartian yang membawa […]

Hukum undi dan lantik pemimpin bukan Muslim dalam pilihan raya adalah harus – Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR: Hukum mengundi bukan Muslim dalam pilihan raya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, selagi tidak memberi ancaman kepada kemuliaan Islam, amanah dan memiliki kepakaran dalam melaksanakan tugas. Perkara itu diperincikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya. “Hasil penelitian yang dilakukan, kami dapati tiada dalil qath’ie  (muktamad) yang melarang untuk […]