Imam Palestin disyaki dibunuh ejen perisikan luar negara

BAGAN DATUK 21 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan seorang pensyarah British Malaysian Institute Universiti Kuala Lumpur (Unikl BMI) warga Pa­lestin yang mati ditembak merupakan seorang pakar kejurute­raan elektrik dalam penghasilan roket. Ahmad Zahid berkata, hasil maklumat Polis Bukit Aman mendapati kematian Dr. Fadi Mohammed Al Batsh berkemungkinan mempunyai […]

Fadi Al Batsh hafiz al-Quran, istiqamah: Mufti WP

KUALA LUMPUR – Kematian Imam Palestin, Dr. Fadi Al Batsh yang juga pensyarah sebuah universiti swasta di ibu negara akibat ditembak dua suspek dalam kejadian di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Medan Idaman Setapak, di sini, turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dalam satu kenyataan, Dr. Zulkifli berkata, mangsa […]

Sektor francais kembangkan pasaran produk halal

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan kenaikan lima peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menerusi industri francais tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata jangkaan itu didorong oleh perkembangan kukuh yang ditunjukkan oleh sektor berkenaan tahun lalu apabila menyumbang sebanyak RM27 bilion kepada KDNK. Katanya, berdasarkan pertumbuhan memberangsangkan itu […]

Tiada halangan jemaah umrah untuk menziarahi lokasi bersejarah di sekitar kota suci Makkah.

MAKKAH: Tiada halangan jemaah umrah untuk menziarahi lokasi bersejarah di sekitar kota suci Makkah seperti yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu. Ini terbukti apabila jemaah dari Malaysia mengunjungi Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina dan Jaaranah bermula pukul 8.30 pagi waktu tempatan Sabtu. Sejurus tiba, jemaah bebas berfoto, berbelanja dan mendaki Bukit Rahmah tanpa […]

28 mangsa pelaburan emas rugi RM4.7 juta

KUALA LUMPUR 21 April – Seramai 28 individu yang kebanyakannya pesara terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM4.7 juta selepas ditipu skim pelaburan emas didalangi seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan anaknya. Pengerusi Biro Undang-undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, jumlah itu hanya daripada mangsa pelaburan yang membuat aduan kepada PPIM manakala jumlah […]