Home » Langit Terbuka » 28 mangsa pelaburan emas rugi RM4.7 juta

28 mangsa pelaburan emas rugi RM4.7 juta

KERUGIAN berjumah RM4.7 juta terpaksa ditanggung selepas ditipu skim pelaburan emas didalangi seorang lelaki dan anaknya. (gambar hiasan)

KUALA LUMPUR 21 April – Seramai 28 individu yang kebanyakannya pesara terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM4.7 juta selepas ditipu skim pelaburan emas didalangi seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan anaknya.

Pengerusi Biro Undang-undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, jumlah itu hanya daripada mangsa pelaburan yang membuat aduan kepada PPIM manakala jumlah keseluruhan pelaburan daripada mangsa-mangsa lain mencecah RM9 juta.

Menurutnya, kedua-dua pentadbir syarikat itu menyasarkan golongan pesara sebagai mangsa dan mengaburi mata pelabur dengan menggunakan nama Yayasan Amanah Niaga Kebangsaan.

“Apabila mereka menggunakan nama yayasan, pelabur menjadi yakin bahawa syarikat pelaburan mereka tulen dan boleh dipercayai.

“Mereka kononnya akan memajakkan emas yang dilaburkan oleh mangsa dan akan mendapat pulangan setiap bulan. Malangnya,hanya beberapa bulan sahaja pelabur menikmati pulangan sebelum kedua-dua pengasas syarikat itu mendiamkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir bersama beberapa mangsa pelaburan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul,di sini hari ini.

Menurut Hishamuddin, akibat daripada penipuan pelaburan itu, kesemua mangsa kehilangan wag pencen yang sepatutnya dijadikan simpanan hari tua manakala dua pengasas tersebut hidup mewah.

“Terlalu banyak kepayahan yang saya dengar daripada mangsa-mangsa pelaburan ini. Jadi saya menggesa pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh seterusnya membawa dalang sindiket ini ke muka pengadilan,” ujarnya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *