Jangan berkempen melangkaui batas dibenarkan agama

PASIR PUTEH – Calon pada PRU14 ini diingatkan  tidak berkempen melangkau batas agama sehingga meruntuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Dr Asyraf  Wajdi Dusuki  yang memberikan ingatan itu berkata mereka perlu mengawal kata-kata dan tingkah laku dalam berkempen. “Akhlak Islam  tidak sekali-kali  membenarkan seseorang  dengan sewenang-wenangnya menuduh  dan menghukum […]

Norway cadang haramkan laungan azan di Oslo

OSLO, Norway – Seorang ahli politik Norway menyatakan bahawa beliau tidak peduli tentang hak asasi manusia dan mahu laungan azam di negara itu diharamkan. Jon Helgheim yang merupakan jurucakap imigresen untuk Parti Kemajuan, salah sebuah parti dalam kerajaan campuran Norway berkata, penduduk Norway memerlukan suasana ‘tenang dan se­nyap’. Beliau turut menolak hujah bahawa larangan laungan […]

Salah dapat tanah di Makkah

BINTANG Liverpool Mohamed Salah bakal dihadiahkan sebidang tanah di Makkah susulan kejayaannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA musim ini. Naib Presiden Perbandaran Tempatan di Makkah, Fah Al-Rowky memberitahu agensi berita Sabq mengenai rancangannya itu. Beliau berkata pemain kebangsaan Mesir itu berjaya mengangkat nama Islam di United Kingdom. “Terdapat beberapa pilihan mengenai pemberian sebidang tanah ini. […]

Sultan Johor anugerah DMIJ kepada Sabariah

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menganugerahkan Darjah Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada rakyat Johor yang menetap di Montreal, Kanada, Sabariah Hussein yang sebelum ini terkenal dengan kerja amal di negara itu. Darjah yang membawa gelaran Datin Paduka itu disampaikan sendiri Sultan Ibrahim kepada Sabariah di Istana Bukit Serene di sini, hari ini. […]

Malaysia akan banteras pemerdagangan etnik Rohingya

PUTRAJAYA  – Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara jiran dan rakan perkongsian bagi menghapuskan pemerdagangan etnik Rohingya dari tempat asal, transit atau destinasi tertentu dan mengambil semua langkah bagi membasmi sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di negara ini. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia memuji usaha kerajaan Bangladesh menghulurkan bantuan dengan menyediakan tempat […]

Golongan asnaf berpeluang dapat rawatan hospital pakar swasta

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri hari ini melancarkan Skim Perlindungan Takaful Rakyat Johor 2018 yang memanfaatkan lebih 15,000 golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah di seluruh Johor. Menerusi skim perlindungan itu, peserta daripada golongan terbabit turut berpeluang mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital pakar swasta. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata caruman dikenakan terhadap peserta […]