Tabung Haji catat jumlah badal haji tertinggi tahun ini

  MAKKAH – Tabung Haji catat jumlah pemohon untuk khidmat badal haji sebanyak 4,927 orang bagi musim haji 1439H, permohonan yang terbanyak dalam sejarah perkhidmatan badal haji oleh Tabung Haji setakat ini. Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata kesemua permohonan badal oleh umat Islam Malaysia telah selamat diserahkan kepada pembadal yang […]

Setahun tempoh sesuaikan kasut hitam

  KLUANG –  Tempoh kelonggaran setahun akan diberikan terhadap pelaksanaan pemakaian kasut hitam yang sepatutnya bermula tahun depan sebagai langkah tidak membebankan ibu bapa selain menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kementerian tidak akan melaksanakan dasar baharu itu secara drastik dan tergesa-gesa kerana faham kebimbangan pelbagai pihak terutama […]

Kementerian cadang jawatankuasa khas kurangkan pengangguran belia

  KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan merancang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas memperhalusi kaedah bagi menarik minat golongan muda daripada berterusan berhijrah ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan. Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ramai anak muda kini sanggup berhijrah ke luar negara dan melakukan pelbagai kerja termasuk dalam sektor pekerjaan yang […]

MRSM Untuk Semua Kaum Adalah Fitnah – Sivarasa

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau ada mengesyorkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dibuka kepada semua kaum. Memetik laporan Berita Harian Online, beliau berkata tidak sama sekali pernah membincangkan syor berlainan sebagaimana yang tular semalam. Malah katanya, perbincangan tersebut tidak langsung menyentuh mengenai perkara itu. “Ini tidak […]

Melayu Boleh Pupus Seperti Dinosaur

KUALA LUMPUR – Orang Melayu dilihat memerlukan kaedah perjuangan baharu untuk memastikan kelestarian bangsa itu dalam menghadapi iklim baharu politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah bertitah, orang Melayu hendaklah pantas mengubah minda, berani memeriksa kesalahan diri serta melakukan penghijrahan minda dan budaya daripada terus berada di dalam minda penafian […]

‘Merdeka’ Daripada Pendatang Asing Tanpa Izin Mulai 31 Ogos

KUANTAN – Jabatan Imigresen berikrar untuk ‘memerdekakan’ negara daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 31 Ogos depan. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya akan mempergiatkan operasi menahan PATI mulai tengah malam pada tarikh tersebut. Beliau berkata PATI yang ditangkap termasuk majikan terbabit tidak akan diberi ‘muka’ dan perlu berhadapan tindakan undang-undang kerana […]