Equanimity disita mengikut undang-undang negara

PUTRAJAYA – Penyitaan kapal layar mewah, Equanimity yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibuat oleh pihak berkuasa dengan mematuhi undang-undang negara. Peguam Negara, Tommy Thomas berkata,  penyitaan kapal berkenaan telah mendapat perintah waran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. “Jabatan Peguam Negara telah memohon bidang kuasa daripada Mahkamah Tinggi Malaya di […]

KPDNHEP perlu campur tangan kawal penarik kereta

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk campur tangan terhadap bank-bank yang menggunakan orang tengah untuk mengutip hutang pinjaman kenderaan yang tertunggak. Ini kerana, penarik kereta yang digunakan oleh bank-bank melakukan kekerasan atau ‘berlagak samseng’ kepada pengguna. Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa terdapat sesetengah individu yang diupah oleh pihak bank […]

Beri hak kepada pramugari untuk bertudung

KUALA LUMPUR – Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak pengurusan Malaysian Airlines Berhad (MAB) memberi opsyen kepada pramugari mereka untuk memilih berpakaian menutup aurat dan bertudung sewaktu bertugas sebagai staf kabin. Naib Presidennya, Nor Azura Kamarudin Sohami berkata, hal itu bukanlah sesuatu yang janggal mahupun ketinggalan zaman bagi sebuah negara […]

Akhir tahun laksana kod etika pakaian pekerja wanita Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan kod etika berpakaian untuk pekerja wanita Islam di sektor swasta yang kini dalam fasa akhir, dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bersama Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) […]