Seminar Al-Quran anjuran UniSZA tarik 300 peserta dalam dan luar negara

KUALA NERUS – Seminar Antarabangsa Al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari (SQ 2018) anjuran Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya menarik lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara. Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latif berkata negara yang menghantar wakil ke seminar itu antaranya ialah Mesir, Indonesia, Brunei dan negara-negara Afrika. “Indonesia menghantar […]

Perjuangan komunis tidak boleh diiktiraf

JOHOR BAHRU – Orang muda perlu sedar bahawa mana-mana perjuangan yang pelaksanaannya dibuat dengan kekejaman kepada orang awam, adalah jelas satu perjuangan yang tidak boleh diiktiraf dan diangkat. Aktivis Angkatan Demokrasi Milenial Bersekutu (Muda), Onn Mahathir Md. Nasir berkata, atas sebab itu, orang muda perlu terus diajak untuk memahami sejarah selain mendengar sendiri pengalaman mereka […]

Biar anak bergaul dengan rakan pelbagai agama, kaum

DAMANSARA – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh menasihatkan agar ibu bapa menggalakkan pergaulan di antara anak-anak dengan rakan sebaya pelbagai kaum dan agama. Jelas beliau, langkah ini dapat membantu merapatkan lagi perpaduan dan jurang antara rakyat, dalam  masa yang sama  mengelakkan isu perkauman dan agama dijadikan punca perbalahan rakyat dalam negara. “Bagi […]

Membawa Masjid Kepada Orang Ramai

KOTA KINABALU – Sebagai usaha mempelbagaikan bentuk dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah secara bersama melaksanakan program berkonsepkan “Membawa Masjid Kepada Orang Ramai”. Program yang “out of the box” secara bergotong royong ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Jamal Tun DSP Dr. Haji Sakaran, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Turut sama […]

Apa selepas haji ?

Alhamdulillah,  pada tahun ini iaitu pada 1439 H bersamaan 2018 masihi, acara manasik haji baru selesai. Sekarang sedang rancak jemaah haji pulang ke tanah watan masing-masing termasuk dari Malaysia. Semoga Allah mengurniakan kepada Jemaah haji semua dengan haji yang mabrur. Sepertimana nas hadis, haji mabrur adalah haji yang  mabrur adalah haji yang terzahir padanya tanda-tanda […]

Kem Remaja Islam SMK Peter Mojuntin

PENAMPANG – Sebagai salah satu usaha melahirkan pemimpin pelapis Negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah pada 14 september lalu telah menganjurkan Program Kem Remaja Islam di sini. Program selama tiga hari hingga 16 September, diadakan di Dewan Sekolah Menengah Peter Mojuntin di sini. Seramai 150 pelajar sekolah berkenaan menyertai program ini. Pengarah YADIM […]

YADIM dipelawa anjur program di masjid baru Kampung Panagatan

KENINGAU – Seramai 300 penduduk di Kampung Panagatan, di sini pada 14 September lalu secara rasminya menerima sebuah masjid baru bagi kegunaan mereka. Masjid bernilai kira kira RM800,000 ini dirasmikan oleh Sahibus Samahah Mufti Sabah, Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar. Hadir sama ialah Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah,Tuan Haji Samin Ongki serta […]

Toleransi, saling hormati harta rakyat

PUTRAJAYA – Toleransi, hormat-menghormati, saling memahami dan saling menerima adalah harta kepada masyarakat Malaysia yang harus sentiasa dihargai dan didukung oleh semua pihak. Bersempena sambutan Hari Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua pihak perlu bersama mengenang perit jerih yang dilalui oleh nenek moyang dan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menjadikan […]