Home » Langit Terbuka » Toleransi, saling hormati harta rakyat

Toleransi, saling hormati harta rakyat

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu bersama mengenang perit jerih yang dilalui oleh nenek moyang dan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menjadikan Malaysia sebuah realiti

PUTRAJAYA – Toleransi, hormat-menghormati, saling memahami dan saling menerima adalah harta kepada masyarakat Malaysia yang harus sentiasa dihargai dan didukung oleh semua pihak.

Bersempena sambutan Hari Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua pihak perlu bersama mengenang perit jerih yang dilalui oleh nenek moyang dan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menjadikan Malaysia sebuah realiti.

Katanya, perjuangan untuk mengecapi kemerdekaan dan menegak demokrasi dinikmati tanpa pertumpahan darah dan ia merupakan kejayaan yang dapat dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia.

“Keindahan Malaysia sesungguhnya terletak pada rakyatnya.

“Marilah kita terus meraikan keharmonian dalam kepelbagaian ini,” katanya dalam satu perutusan, di sini.

Tambahnya, lima dekad berlalu sejak tertubuhnya negara Malaysia hasil gabungan Persekutuan Malaya dengan Sarawak dan Borneo Utara yang kini Sabah.

Peristiwa bersejarah penyatuan tiga wilayah itu katanya, ditambah manis dengan ciri-ciri unik dimiliki oleh setiap wilayah.

“Perjalanan yang sudah kita lalui amat panjang namun masih banyak lagi kegemilangan yang Malaysia boleh gapai.

“Bersama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kemegahan dan kebanggaan,” katanya. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *