Terpulang kepada DPP buat keputusan tentang Ziqri

KUALA LUMPUR – Ketika pihak polis ‘cuba’ mengambil kenyataan daripada pesakit austisme yang didakwa meraba seorang gadis 11 September lepas, lelaki tersebut hanya sekadar mendiamkan diri seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku sekelilinya. Menurut ibu kepada Ahmad Ziqri Morshidi, Datin Hasnah Abdul Rahman, pihak polis hanya menjalankan tugas dengan mengambil keterangan dengan cuba bercakap dengannya. […]

Kabinet setuju 18 tahun boleh mengundi

PUTRAJAYA – Kabinet hari ini bersetuju untuk menurunkan had umur layak mengundi di negara ini kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sekarang. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, usul menurunkan had umur itu akan dibawa ke Parlimen untuk mendapat kelulusan sebelum dilaksanakan. “Mesyuarat Kabinet hari ini telah mengambil ketetapan untuk membuat […]

Tak bersungguh selaras undang-undang takzir, kata Fuziah

PETALING JAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata kerajaan terdahulu tidak bersungguh-sungguh untuk menyelaraskan undang-undang takzir antara negeri. Menurutnya, kerajaan terdahulu juga sentiasa memberikan alasan bahawa undang-undang takzir di bawah kerajaan negeri. “Bidang kuasa itu bawah kerajaan negeri, jadi oleh kerana bidang kuasa itu di bawah kerajaan negeri saya tak boleh […]

SPRM papar senarai pengisytiharan harta pemimpin kerajaan bermula 1 Oktober

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota kabinet dan anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) di portal suruhanjaya itu bermula 1 Oktober ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata ini seiring arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat bersikap telus […]

Kerajaan perkenal skim subsidi bil elektrik untuk miskin tegar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan skim subsidi bil elektrik kepada golongan miskin tegar dalam tempoh beberapa minggu lagi, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin. Beliau berkata, mereka yang menerima skim ini mestilah berdaftar di bawah program e-Kasih, sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional. […]