Malaysia tidak boleh terima LGBT, perkahwinan sejenis

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis. Perdana Menteri berkata, sistem nilai di negara ini tidak sama dengan sistem nilai di Barat yang lebih bebas. “Sementara kita menerima cadangan Suruhanjaya Hak […]

Harap Bajet 2019 kekalkan subsidi, tidak beban rakyat

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berharap Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November depan dapat mengekalkan subsidi barangan utama supaya tidak membebankan rakyat. Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata kementeriannya mengharapkan bajet pertama untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dijadual dibentangkan di Parlimen itu akan membabitkan pengguna secara […]

Draf akta perkahwinan kanak-kanak siap akhir tahun ini

GOMBAK – Draf akta perkahwinan kanak-kanak bawah umur dijangka siap selewat-lewatnya akhir tahun ini sebelum dikemukakan kepada Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata draf akta itu adalah berasaskan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diwujudkan hasil perbincangan beliau bersama hakim syarie sebelum ini. Beliau berkata, draf […]

Kerajaan Pusat tiada hak campuri hukuman syariah negeri

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa semua pihak agar lebih memfokuskan usaha ke arah pemantapan sistem keadilan syariah di Malaysia bagi memperkukuh serta memperbaiki sebarang kekurangan sekiranya ada. Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, masyarakat terutama umat Islam tidak sewajarnya mengingkari atau memperlekehkan kedudukan perundangan syariah dalam sistem keperlembagaan sedia ada, tetapi membantu memantapkannya. “Berasaskan […]

Haram guna straw 1 Januari

PUTRAJAYA – Bermula 1 Januari tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenar menggunakan straw plastik. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan straw palstik tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan. “Pemilik perniagaan […]